Saturday, March 2, 2013

Lemang Pak Ali, Ulu Klang (Selangor)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

kali ni kita makan yang ringan2 sikit iaitu lemang. lemang ni biasa kita mudah dapat masa haari raya je, hari lain punya la susah. kalau ada jual pun mak aii... mahal gile, dalam RM2 sepotong yg cinonet. ye lah nak buat bukan mudah, tu yang mahal. dah mahal satu, yang paling aku benci ialah rasanya yang tak sedap. kalau mahal tapi sedap, kira oraitlah.

aku kalau balik kampung, aku suka singgah melemang di gombak, selangor. gerai lemang pak ali. Pak Ali Lemang Asli ini memang dah terkenal, kalau perasan, kat tv3 selalu ada sedutan gerai pak ali terutama time2 nak raya. king of lemang lah katakan. 


lemang di gerai pak ali ni ada macam2 harga, yang murah ada tapi keciklah sikit buluhnya. dan dah tenggu lagi keciklah lemangnya. tak silap aku yang paling murah RM8, atau RM 10. tah aku lupa. aku biasanya bayar je. kalau mahal dalam RM12-15 kot.

 rasa? lemang pak ali pada aku sentiasa sedap. aku yakin pak ali sentiasa memantau dan menjaga reputasi dan muta lemangnya. lemak cukup, masak cukup, rasa sedap. lagi sedap kalau makan dengan serunding ayam atau daging yang turut dibeli dari gerai lemang pak ali. memang kombinasi yang mantap.
selamat melemang.

alamat :

Pak Ali Lemang Ali
Jalan Gombak, Selangor
Berhampiran Zoo Negara

No comments: