Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
aku mula berblog pada 14/2/2008. emmm... dah 5 tahun dah aku berblog. dari berblog untuk cari sumber pendapatan sampingan yang mulanya aku ingat senang iaitu buat blog, pasang iklan dan dapat duit. itupun hasil impian yang digembar-gemburkan oleh ramai blogger. itu belum lagi dengan nilai duit untuk beli ebook mereka dan melanggan update dari otai2 ini. tapi hampeh! rata2 pencari duit di internet ini bukan sesenang itu, janji2 dengan pembelian ebook sebenarnya indah khabar dari rupa. kalau beli ebook konon2 dah buleh buat duit? heh... penipu besar. mula2 beli ebook A, pastu kena beli ebook B, psti direkomen beli ebook kawannya C, melanggan D dan sebagainya. ye aku setuju, nak berjaya kena ada ilmu, kena beli ilmu tapi ebook kita rata2 mengarut, macam assignment je. diceritakan dalam 60 muka surat menda2 yang sangat basic, yang penting cuma 2-3 muka surat. ya aku setuju lagi, itu cara mereka nak cari duit. tapi melampau la.
sejak dari beberapa tahun itu aku malas nak fikir bab2 cari duit pada adsense la, pay per click la, promosi dengan google la, buat duit dengan itu ini la. aku gunakan blog untuk berkongsi cerita dan rasa. aku buat yang aku suka. aku cerita apa saje subjek yang terlintas di kepala otak aku. ada masa aku cerita pasal kerja, keluarga, dan sekarang banyak pasal makan2.
aku setuju dalam berblog kita tak boleh memuaskan hati orang lain. aku tulis panjang, ada juga org email aku kata aku merapu, aku tulis pendek, ada email kata pendek sangat. aku cerita pasal tugas, ada orang kata aku mecam hebat sangat, aku tulis pasal kisah2 lampau yang merapu, ada email aku perasan. pun begitu ada yang sangat positif dan memberi komen2 yang membina dan baik even mereka tau aku sekadar bercerita.
macam aku pernah tulis banyak kali di blog aku ni, cerita2 aku ni adalah sekadar perkongsian. ia mungkin benar, tapi tak 100% benar. ia mungkin tipu, tapi tak 100% tipu. gunakan akal fikiran yang waras untuk menilainya. nama watak mungkin kelihatan benar, tapi mungkin sengaja ditokok tambah untuk menyedapkan cerita. blog aku bukan buku teks untuk rujukan, tapi kalau ada ilmu yang bermanafaat, harap sedikit sebanyak membantu. kalau ada yang baik, boleh dijadikan panduan. kalau ada menda yang tak baik, harap dijadikan panduan dan sempadan. aku setuju ada kalanya bahasa aku sangat kurang ajar, mungkin pada masa itu fikiran aku juga bercelaru dan aku sengaja melepaskan melalui penulisan. mungkin juga ia sekadar ekspresi diri dan tak de kena mengena dengan cerita, yang mungkin juga rekaan. so, jangan ambik hati dan peduli sangat. ini cuma blog penulis picisan.
pernah ada rakan blog yang terkejut dengan karekter aku du blog dengan diri sebenar aku. dia melihat diri aku yang agak serius dengan jawatan yang agak serius. bila aku terangkan bahawa aku ialah diri aku pada masa itu. disini isteri, aku adalah suami yang kena mempertahankan keluarga. sisisi anak2, aku adalah ayah yang penyayang dan memenuhi keperluan mereka. disisi syarikat, aku adalah seorang HR yang perlu mempertahankan nilai2 syarikat. tapi sisi2 ini tidak boleh dinilai dengan perjumpaan singkat.
ye, aku tak nafikan aku kuat makan. aku suka berkawan, aku suka membaca. kalau cerita bab2 membaca, ramai tak percaya bahawa dari raut wajah aku yang serius ni aku sebenarnya penggemar tegar kartun dan komik. dari aku tadika lagi. papa aku selalu belikan aku komik. bila aku sekolah rendah, ia semakin menjadi2 dan bila aku dah tingkat 1, aku beli komik sendiri. sebut apa saje majalah kartun masa itu dari gila-gila, gelihati, kemudian ke zaman ujang, apo?, lanun dan sebagainya. bila kemunculan komik2 dari hongkong akupun tidak terkecuali. aku dan adik aku imran sama2 kumpul duit beli termasuk harimau laut, anak2 wira, alam perwira , raja rimba dan dan sebagainya.
bila aku masuk universiti, minat komik makin berkembang, apatah lagi kat uum memang ada jual. bila kerja aku slow sikit komik2 ni kecuali terus membeli gila2 yang tak pernah putus. adik aku meneruskan dengan membeli ujang dan apo?. jadi bila adik aku datang rumah aku, dia akan menghabiskan hari dengan membaca gila2. bila aku ke rumah adik aku di kuantan, aku akan melayan ujang dan apo? sampai subuh. tiada istilah mengantuk semasa mentelaah komik ini. bila wife aku buka kedai ni, sabtu dan ahad biasanya aku dikedai. jadi aku ambik masa membaca novel dan komik. sekarang aku banyak membeli koleksi2 komik hongkong. even komik ni outdated, since aku belum baca, aku beli jugak. biasanya komik2 ini dijual satu judul lengkap dan harganya sangat murah sekitar RM10-15 ringgit untuk episod lengkap yg biasanya 36 episod. berapa masa diambil untuk membacanya, aku pastikan aku habis membacanya dalam hari yang sama.
apa tajuk lain cerita lain? argh... suka hati akulah.
untuk blog aku ni aku tak nak fikir pasal apa yang orang nak aku buat. sape suka baca, bacalah. tak suka, jangan datang lagi.
apa-apapun, aku ucapkan TERIMA KASIH pada tuan/puan yang sudi singgah di blog ini. kalau ada yang terlebih kurang ajar, aku menerima teguran walaupun secara dasarnya ini adalah blog aku.
sekian, wassalam.
izman
012-2713260
damak_76@hotmail.com
3 comments:
yang penting..kita buat apa yang kita suka... bukan apa yang orang lain suka.. so automatik kita akan jadi diri kita sendiri... :)
salam man..abe dah berblog sejak sept 1997 tp x dapat ganjaran wang pun? cuma suka2 nak berkongsi idea n cari kwn baru...
Juk Din,
samalah kite bang. saya pun berapa sen sangat yg dapat. sekadar hobi je.
respek la bang sbb berblog dari 1997 lagi, masa tu saya blog pun x kenal lagi.
Post a Comment