Wednesday, August 4, 2010

Kumpul Wang Kertas

dah lama aku tak cerita pasal hobi aku. apa hobi aku? dah berkahwin ni takkan nak hobi tambah makwe kot. hobi standard aku ialah kumpul syiling. ye duit syiling, kalau tengah2 bulan buleh korek duit syiling tu buat belanja. he.he.he..

oh ya, bercerita pasal hobi ni, antara hobi lain yang aku buat ialah baca novel, beli ikan, bela hamster, kumpul setem untuk anak2 aku dan sebagainya. tapi dalam masa terdekat ni rasanya hobi bela hamster akan jadi sejarah sebab aku dah sedekahkan hamster tu kat kawan aku. ia gara2 boboy (nama hamster) tu dah gigit jari anak aku, luqman. berdarah. biasanya ok je si boboy tu main2 dengan aku dan luqman. sama ada luqman picit dia atau boboy tengah marah sebab tak diberi pasangan, aku pun tak pasti. yang pasti dalam minggu ni pemilik baru akan ambik boboy. bagi free je, malas nak berniaga binatang ni. lepas kena gigit jari dek boboy tu cepat2 aku bawa luqman ke klinik berhampiran. kena inject bontot luqman.

ok tamat flashback, kita berbalik pada cerita wang kertas pulak.

sebenarnya hobi kumpul duit syiling pelbagai negara ni dah makin kurang kick. kebanyakkan syiling aku dah dapat kecuali duit yg rare atau memang mahal. tak mampu aku wei. just hobi, bila ada duit lebih. sekarang since duit syiling dah slow, aku kumpul wang kertas pulak. masih sedikit yang terkumpul, kurang dari 100 keping dari pelbagai negara. sebab budget kecik, aku kumpul yang nilainya murah je dulu.

hari ni (4/8/2010) balik kerja tadi aku dah terima wang kertas yang aku order beberapa hari lepas. ala yang nilai kecik2 je seperti congo, honduras, peru dan seangkatan dengannya. beli harga kawan2 je. tak sampai rm200 pun.

duit kertas ni aku kumpul sebab aku suka keunikan gambarnya. ada gambar orang, bangunan, haiwan dan sebagainya. lagi best sebab ia colourful.

errr... ada sape2 yang nak sedekahkan coins atau wang kertas untuk aku? atau nak jual dengan harga kawan2, sila email aku.

ni hah, koleksi terbaru aku.

4 comments:

Rayz said...

Hamster ko nak mengawan.. tu yang tengah menganas tu...

Rayz said...

Bro... aku pun ada minat nak kumpul duit ni...tapi masalahnya aku ni kaki kecah... kumpul kang sepah sana sini... Aku ada duit seringgit sepcial edition yg belum potong nyer. Ko nak beli tak... aku letak harga setara untuk pelancong2 kat singapore punyer... ada boleh... Duit singapore lama pun ada...

aimannajmi said...

salam....izman...ko nak tak duit kertas iran.....kalau ko nak bagi alamat rumah ko kat aku....email aku....putrajayawp@gmail.com....nanti aku balik malaysia raya nanti aku pos kat ko......azizi, tehran.

Unknown said...

Salam. tak berminat ke nak kumpul duit error dan rare yang ada di sekeliling kita. Hobi unik nie memang seronok tau!