Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
semalam (16/6/13) adalah HARI BAPA. sebelum tarikh ini, hari bapa pada aku adalah sama dengan hari2 yang lain even aku dah 9 tahun bergelar bapa.
sambutan hari bapa bagi aku tahun ini sangat berlainan. selepas subuh, aku dengar cd ustaz azhar idrus, dan kemudian aku menyambung tidur. sedar2 aku dikejutkan oleh anak2 yang mengajar bersarapan. biasanya aku suka membeli sarapan berupa roti telur atau murtabak daging, tapi kali ini sarapan istimewa dari isteri tersayang. apam bakar dengan kelapa. mhh.... memang favourite aku sejak kecik. aku bersarapan dengan anak2 dan isteri.
lepas makan, aku cuma berlingkar melayan anak2. semalam sudah seharian berjalan membawa anak2 yang ingin membeli hadiah untuk aku. kami ke shah alam ke pusat ikan hiasan xiang leng. anak2 menyuruh aku memilih pam ikan memandangkan pam aku rosak 2 bulan lepas bila elektrik terputus (letrik putus ye, bukan kena potong letrik). kesian masa tu, habis ikan ikan aku bela bertahun2 mati. kebetulan masa tu aku balik kampung. rasa nak nangis tengok semua ikan dah timbul. nasib baik ikan di akuarium di dapur dan kolah diluar rumah tak mati sebab memang tak pakai oksigen. kura2 pun selamat. arnab pun selamat (heh... apa aku mengarut ni). aku memilih pam dan aku serahkan pada isteri dan anak2 utk pilih ikan emas. aku minta beli dalam gandaan 3. kenapa 3? biasalah melayu... 3 abdul, madu 3, tualang 3, jula juli bintang 3.
mm.... malas pulak nk cerita apa kami buat sepanjang hari, cukuplah sepanjang hari hingga malam, senak perut aku asik makan hidangan isteri tersayang.
bukan aku tak bersyukur apa yang isteri dan anak2 aku buat termasuk beli pelbagai hadiah dan buat kad ucapan, tapi sebenarnya dalam bergembira, ada duka dihati ini..
sebelum2 ini, boleh dibilang berapa kali aku pernah ucap selamat hari bapa kepada papa aku. ye lah, papa ada bila aku perlukan, papa yang suka call aku. semua aku ambil mudah. sekarang papa dah tiada lagi di dunia ini.
setelah anak2 tidur, aku berteleku di sejadah. menadah tangan pada Allah agar papa diberi kedudukan mulia disisiNya. dalam air mata yang berderai, aku bercerita kepada Allah betapa besarnya makna papa dalam hidup aku. betapa banyaknya jasa papa pada aku. betapa berharganya aku pada papa, dan begitu juga berharganya papa pada aku.
aku setuju, sebagai anak lelaki tertua (selepas kematian abang sulung aku), akulah yang menjadi harapan papa. semua ditimbun atas bahu aku, sehingga kadang2 aku rasa sangat rimas. masalah tentang adik beradik aku, aku menjadi mangsa leteran dan kemarahan papa.
kalau aku lama tak balik kampung, ada utusan beritahu papa marah aku tak balik kampung. bila aku balik kampung, tiba je di rumah, papa mencengil bertanya kenapa aku balik kampung. memang aku baran. baran yang diwarisi dari datuk aku yang juga guru silat, dan baran dari papa aku sendiri (heh... alasan). bila datang gila aku, hari yang sama juga aku balik semula ke klang. emak aku memujuk agar tak ambik hati, tapi jenis aku keras kepala, aku balik jugak. akibatnya berbulan juga hubungan aku dan papa renggang dan tidak bercakap. hanya emak aku menjadi penghubung dan tidak putus2 mengatakan bahawa papa sebenarnya rindu kat aku tapi cara digunakan sangat kasar. dalam keras kepala, aku juga balik kampung menjenguk papa. walaupun tidak bercakap, aku tidak pernah lupa menyalami papa setiap kali tiba di kampung. papa sekadar bersalam, tapi matanya terus di astro melayan bola sepaknya. aku peduli apa, sebagai anak, aku dah ambik peluang untuk menjenguk papa dan berbaik.
aku dan papa sama2 keras kepala. kalau aku menonton tivi, papa lebih suka di dapur. aku ke dapur makan, papa makan di beranda. mujurlah anak aku luqman hakim yang tidak terjebak dengan perang dingin ayah dan datuknya. bila papa aku menonton siaran langsung bola, luqman tanpa suruhan dan malu akan duduk disebelah papa aku dan bertanya pasukan mana lawan, berapa kosong, dan meminta berkongsi air nescafe kegemaran mereka berdua. papa melayan luqman dengan baik, berkongsi gelas nescafe dan berborak pasal bola. perang dingin dengan aku langsung tidak menjejaskan hubungan datuk dan cucu ini. berbanding aku yang keras kepala, aku akan duduk dibilik melayan internet atau berborak dengan makcik aku dirumah sebelah.
papa memang garang dengan aku. dari kecik aku memang takut dengan papa. papa akan libas aku dengan tali pinggang bila aku malas ke sekolah atau mengaji. malah aku pernah diikat dalam guni tepung kerana aku ponteng sekolah. pernah dirotan sampai berbirat kerana mandi sungai damak bersama kawan2 lain. itu masa kecik. masa menginjak remaja pun papa masih merotan aku jika aku tak dapat mengenal huruf2 al quran semasa mengaji. merotan aku bila lewat solat. dari kecik, jika papa batuk sebelah pagi aku akan segera bangun dan solat subuh sebab papa akan panggil hanya sekali. jika masih tidur, rotan atau air sebaldilah hukumannya. pernah setelah ada anak 3 dulupun, aku yang tidur bersebelah bilik papa, terus bangun mencapai tuala untuk mengambil air sembahyang dan solat subuh bila papa batuk. akibatnya isteri yang terkejut menegurku dan berkata waktu itu baru jam 2 pagi. dan papa batuk kerana papa tidak sihat.
bersambung.................................
No comments:
Post a Comment