sekarang masa cuti sekolah, so xtvt aku update berkisah masa cuti sekolah jugaklah.
aku mula bercuti dari 31/5/13 hingga 03/6/13. takde nak gi cuti mana2 pun sekadar cuti nak balik kampung ahli keluarga berkahwin. cadang balik awal nak tolong mana termampu sebab 01/6/13 tu ada 2 ahli keluarga terdekat yg berkahwin; satu di Kg Damak dan satu lagi di Kg Batu Balai.
apakan daya kerja sebagai kuli ni memaksa aku menangguhkan balik kampung sehingga lepas solat jumaat. ini kerana aku terpaksa datang sekejab ke kilang atas urusan kerja.
01/6/13 tu mmg aku kerja membantu di majlis kawin. so malas nak ceritalah.
02/6/13 - mengikuti konvoi pengantin perempuan ke majlis perkahwinan di pihak lelaki di Jengka 7, Pahang.
03/6/13 : hari aku balik semula ke port klang.
pada 3/6/13 tu awal2 pagi lagi aku dah gerak balik, tapi singgah di bandar jerantut sebab wife aku nak cabut gigi. wife aku asal nak buat rawatan gigi je mesti nak balik jerantut buat. nak kata harga murah tu, biasa2 je. kalau aku, aku gi klinik pergigian jerantut je, sbab akak aku kerja situ.
siap cabut gigi, anak2 dah buat muka toye. ye lah cuti balik kampung dengan aku sibuk dengan kenduri. di jerantut aku sempat beli kfc untuk berhenti makan dimana2. nak makan di kfc tu anak2 belum lapar. kesian anak2 yang kebosanan, aku rahsiakan rancangan aku ke kuala gandah.
memasuki lebuhraya pantai timur melalui temerloh. sempat singgah jab beli kuih akok sebelum simpang tol temerloh yg disukai oleh wife. mmm... pada aku kuih akok situ takat biasa2 je. dari temerloh, aku masuk exit lanchang. anak2 bersorak gembira bila tengok signboard kuala gandah. mereka nampak pusat konservasi gajah dan deerland.
dari exit lanchang ke kuala gandah, aku rasa dalam 17-20 km. jalan memang jalan kampung dan asyik mengelak ayam, anjing, lembu dan kambing. nasib baik takde babi hutan. destinasi pertama kami ialah deerland.
ini antara gambar di Deerland, kuala gandah, lanchang pahang darul makmur.
No comments:
Post a Comment