bukak blog abis meeting tadi ada pelawaan ambik kat raya kat blog nur a.k.a admansyah so, aku gi ambik la. dah orang bagi kan. nanti kata sombong pulak. lagipun tahun ni tersangat la kurang dapat kad raya. yang ada cuma dari kawan2 atau sedara mara yang lebih suka cara kad raya berbanding kad electronic. ni rupanya kad dari nur a.k.a admansyah :-
tiba2 teringat aku tak balas lagi kad raya dari puan mahyuni @ cendawanintim. aduiisss! mau tahun depan tak anto dah kad raya kat aku lagi dah. lupa la.. sori la puan cendawan bukan aku lupa, aku tak ingat je. sori yer cendawanintim; tahun depan aku kirim kad raya dua keping kat kau yer. siap dengan resepi tat nenas sekali. kalau nak bagi tat nenas takut hancus pulak, maklumlah tat nenas tu halus mulus bangat. tapi ko jangan sedih pasal jangankan untuk ko, untuk papa aku pun aku belum beli kad. padahal hari ahad ni dah nak balik kampung. mau di sound aku nanti sebab aku je anak yg tiap2 tahun bagi kad raya. err... so tahun ni kena tukar strategi; bagi by hand je. atau pakai courier. nak lagi syahdu, aku buka kad raya tu depan papa aku dan baca secara bersajak atau dengan linangan air mata. sure gempak punya. kang kalau papa aku tak dapat kad raya, mau dia bagi aku lecture 3 jam tak abis. adusss...pening2.
kepada supplier, training provider yg bagi kad raya kat aku sama ada kat opis atau rumah, biasa memang aku tak balas. gile ke ape nak balas, banyak siot. lagipun diorang pakai kad raya dan setem guna duit company, aku pakai duit sendiri. apa2 pun terima kasih atas ingatan mereka, ada jugak yg masih hantar kad raya walaupun aku dah tukar tempat kerja. yg call nak belanja berbuka tahun ni mintak maaf sebab niat aku nak sempurnakan solat terawih sebanyak mungkin. mcm tahun lepas aku leka berbuka bersama supplier, gomen, kawan2 dan sebagainya di klang executive club (kec), nyonya kitchen, crystal crown hotel, concorde hotel, bagan seafood, muara seafood dan sebagainya dan akhirnya aku tewas. tak gi terawih akibat kekenyangan atau berborak sakan sampai lupa diri. Maafkan aku sekali lagi. nak makan, bila2 boleh makan kan?
bercerita pasal kad raya, tahun ni wife aku nampak sangat dia malas nak hantar kad raya pasal kad raya dia hantar kat kawan2 baik dia banyak tak berbalas. aku dah cakap, hantar kad biar ikhlas. orang tak balas biaq pi lah depa. sepatutnya tahun ni hantar lagi sekali, harap2 mereka malu sendiri atau teringat balik bahawa mereka ada kawan2 yg masih ingat kat depa. kalau mereka dah sedar diri tapi masih sayang nak hantar kad raya, depa hantar sms raya pun syukur alhamdulillah. maknaknya mereka masih ingat juga kat kita atau kita masih tau mereka masih bernyawa atas dunia ini.
4 comments:
menciiiii...tart nenas lagi..uwaaaaa!!
ala, aku ok jer..yang penting tradisi bagi kad raya berjalan lancar tuk pestime bergelar blogger nih...cewaaahhhh...
**tahun nih aku beraya pestime sebagai blogger ok...terasa feeling2 artis gitu...**perahsan giler!
cendawanintim,
la baru aku tau ko perasaan artis. artis dangdut ke?
o... tat nenas. aku saje nak sakitkan hati ko. then, baru boleh mintak maaf.
tengkiu Izman.. pampang kad aku kat sini. Mana kad hang???
aku pun hanto kat client yg ptg jer even tahu dieorg tak balas! yg ptg... kita ikhlas. mesti appreciate kan dieorg dah bg aku business.
nur a.k.a admansyah,
tengkui je, mana duit raya ke kuih raya ke.....
ye... buat sesuatu biarlah ikhlas.
Post a Comment