Thursday, September 4, 2008

Kisah Teladan : "Malam Jumaat"

Ini kisah benar yang aku alami sendiri masa kerja dulu, kira2 3-4 tahun lepas. Saje nak crita kisah ni sempena malam jumaat malam ni.

Kisahnya begini, Kisah ni berlaku masa bulan puasa. berlaku pada hari khamis malam jumaat semasa nak balik kerja dlm jam 5.40pm. sambil2 nak balik, aku turun ikut production floor saje nak tengok orang kerja (nak tengok makwe2 kat production line sebenarnya). So, aku ternampak sorang brader pekerja lama kat situ masih asyik bekerja. brader ni usianya dan 40-an dah masa tu.

Izman : "Aik, tak kan OT kot?
Brader X : O... En Izman. Tak OT. Saje bersihkan mesin jab.
Izman : Ni malam jumaat ni, balik la awal sket.
Brader X : Malam jumaat pun boleh buat ape, bulan pose ni.
Izman : jangan la balik terus terkam. Buka puasa dulu, terawih dulu. anak2 dah tidur, ok la...
Brader X : Ishh! mane boleh buat bulan puasa ni. Nanti kena denda kifarah pulak. tak sanggup saya.
Izman : Astarafirullah Al-Azim! Belajar kat mane ni? Tu untuk berjunub disiang hari dibulan puasa. Malam tak pe.
Brader X : Tak Nak la saya en. Izman. Berdosa nanti. berganti puasa pulak, kena denda lagi. malu ngan anak2.
Izman : Ok la kalau cakap mcm tu. Kalau boleh nanti Brader X tanya ustaz lepas tarawih psl menda tu yer.
Brader X : tak payah tanya lah. memang saya sejak kawin dulu, bulan puasa memang saya stop. dah lebih 10 tahun dah. rasanya tahun ni pun tak yah la.
Izman : (geleng kepala dan berlalu pergi).

hari Isnin minggu berikutnya, aku crita kat best friend aku yg juga best friend Brader X tentang kisah tu. En. A tergelak besar. En. A siap pergi tanya Brader X. Jawapan yang sama. Walaupun aku dan En. A nasihat, dan minta dia tanya pendapat alim ulama, dia macam tak percaya. Lepas tu aku dah tak ambik tau kisah tu.

Moral of the story:
1) Ilmu mesti dicari. Berguru biarlah dengan orang alim ulamak, bukannya dengan halim hullamak.

2) Kawan2 mesti memainkan peranan dalam masyarakat termasuk menasihati, cuma biarlah ke arah kebaikan.

3) nasihat tu biarlah untuk semua kebaikan, ni hal malam jumaat je dititik beratkan. Apa la kau ni...

4 comments:

Mak Su said...

Masyallah, sian kat brader x dan madam x

izman said...

mak su,
ye!. Moga dah terbuka hari mereka untuk menikmati malam jumaat.

maliksutanmuda said...

erk...buat teladan....(masih bujang lagi)..harap2 nanti tak la fikir mcam brader X..

mesti berguru!!!

izman said...

awieworld,
betul tu awie. berguru biarlah dengan org yg betol.

selamat berpuasa.