Tuesday, March 11, 2014

JM BARIANI @ Giant Kota Damansara

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

pada 10/3/14, aku dan 2 rakan sekerja iaitu saiful dan hadi berkesempatan ke giant kota damansara. untuk makan tengahari je. mula2 tu kami nak gi makan nasi arab taif, tapi tutup. so.... gi giant je lah.

terpandang restoran JM BARIANI..... fikiran pertama ialah.... mamak lagi. tapi dah masuk dalam kedai, baru tau ia kepunyaan orang muar, Puan Jamilah Mohammad. dari berita2 akhbar yg diframekan besar gedabak di dinding restoran, macam tersangat famous amos di muar. so, kami cubalah.

mmg dah niat dari awal nk makan daging kambing, tapi menu yg dihajati hanya ada hari sabtu. aduyai...... so, next menu ialah KAMBING BARIANI. ketiga2 makan menu yg sama.





1st perseption.... biasa je ni. nasi sikit, acar jeruk, kuah dhal dan kambing.

kesimpulan :
kombinasi kambing dan biryani dia mmg sedap. tak keterlaluan aku katakan ini antara daging kambing yg paling sedap aku pernah makan. acar jeruk/buah.... takat biasa2 je. dhal pun boleh tahan je. kombinasi semua? terbaik.

alamat :
JM BARIANI HOUSE
Lot  F-17, Giant Kota Damansara
Petaling Jaya, Selangor
03-6142214

No comments: