Thursday, March 13, 2014

RESTORAN CHAR KOAY TEOW SIMPLY DELICIOUS PENANG MAI @ Kota Damansara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Masih lagi nak update bab2 makan yang actually dah agak lama. tak kisahlah, blog aku. aku nak update jugak. char keoy teow ni antara kegemaran aku (semua aku gemar sebenarnya). So, since ada kawan rekomen restoran char keoy teow yang katakan agak famous amos kerana dimiliki oleh artis  terkenal dan anak chef terkemuka di malaysia, akupun berminat.

so, pada 18/9/2013, aku dan 2 kawan sepejabat iaitu saiful nizam dan hadi telah ke RESTORAN CHAR KOAY TEOW SIMPLY DELICIOUS PENANG MAI yang terletak tak jauh dari opis kami. tapi area tu masa hari bekerja memang lahanat punya parking. dapat parkingpun terpaksa menapak 300 meter.


masuk restoran... memang nampak menarik. orang tak ramai. sistem order agak kelainan, pergi order di kaunter, bayar dan tunggu. siap dia panggil ambik yg dipesan. kalah foodcourt!

aku tertarik dengan crepe durian. aku memang peminat crepe durian sampai sekarang, tiap2 minggu makan crepe durian. so, order satu crepe durian.


rasa crepe duriannya menarik. teksturnya menarik, isinya sedap, kulitnya lembut. well said... patut cuba crepe durian kat sini.

sekarang kita rasa main course pulak..... char koay teow.






Moment of truth......
1st impression masa tgk char koay teow tu... mmm... tak mengghairahkan naluri pemakanan. warnanya merah sangat. try kuah dia... failed! try... udang dia... failed! udang berbau. campur lada jeruk dan makan..... mmm..... failed! not my taste. kombinasi dan rasanya memang tidak menyelerakan.

dari pandangan aku, berdasarkan apa yang aku dapat dengan mengeluarkan duit.... this is 1st and last
 aku datang sini makan. may be selera tekak aku bukan high taste yang orang kata makan kat famous amos chef... kalau ini tarafnya, aku pilih makcik tepi jalan je. more value for my money.

pun begitu, selera aku may be berbeza dengan anda semua. just come and have a try. aku yakin ramai akan kata sangat sedap. selera manusia mana sama dengan selera gajahkan? aku selera gajah, so datanglah.

Alamat :
RESTORAN CHAR KOAY TEOW SIMPLY DELICIOUS PENANG MAI
No, 13-G AEncorp Strand, Jalan PJU5/20A
Dataran Sunway, Kota Damansara
Selangor Darul Ehsan
(Seberang jalan & Menghadap Tune Hotel Kota Damansara)

No comments: