Thursday, May 15, 2008

Ilmu Hitam

Malam tadi layan rancangan 360 kat TV3 mengenai ilmu hitam. Secara peribadi aku yakin menda ni wujud dan masih diamalkan oleh segelintir manusia untuk mengenakan orang lain. Ilmu hitam ni tak semestinya dilakukan oleh orang hitam atau kepada orang hitam yang lain, tapi ia berselindung oleh ilmu setan.

Aku cakap cam ni kerana aku dulu kira2 5 atau 6 thn lepas turut dikenakan dgn ilmu hitam ni. Masih bujang masa tu. Aku mulanye tak tau aku kena ilmu ni, cuma orang yg rapat dgn aku perasan perangai aku berubah dan suka termenung dan bersendiri. makan x banyak seperti kelaziman, dating pon balik awal bukan 12-1 pagi seperti kelaziman.

Aku tak rasakan aku dikenakan dek ilmu hitam ni, tapi cuma ku rasa jiwa kacau. Aku kemudian ambik keputusan bcuti dan gi terengganu umah makcik aku. Pakcik aku masa salam dgn aku rasa lain mcm, dia ajak aku jumpa satu ustazah utk tengok2 ada kena buatan orang tak.

Ustazah tu duduk tak jauh dari umah dia, sebelum dtg rumah ustazah tu dah suruh bawa limau nipis dan air minuman beberapa botol. Gi umah dia, dia cuma tanya nama aku, nama mak aku, tarikh lahir dan suruh balik. lepas asar suruh dtg balik.

Lps asar aku ngan pakcik dtg, dia ceritakan ttg background aku dan macam mana aku kena ngan black magic women. Biasalah, kalau nama jantan, yg mengenakan tentu pompuan. Dia letak dlm makanan. ustazah tu ada bagitau nama dan bila dia buat camtu, aku heran jugak. tapi apa ustazah tu ceritakan semua betul, hebatkan kurniaan Allah pada orang yg dikehendaki. Dia boleh tengok kehidupan aku, kemaluan betul aku masa tu. Dia cakap bykkan ibadat, disamping mandi dan minum air perahan limau nipis sampai habis. "Jangan jumpa pompuan tu lagi" kata ustazah sblm aku balik utk elak dikenakan lagi.

dah nama jantan, dan aku masih sayang pd minah ni aku jumpa dia lagi. padan muka! dikenakan sekali lagi, kali ni lagi byk. Asyik makan je, muntah. kurus kering aku masa tu, sampai aku masuk wad di Selangor Medical Centre (SMC) masuk air 6 botol dlm 24 jam. Dpt cuti seminggu aku balik pahang. Atas nasihat nenek aku (kini arwah) aku gi jumpa seorang bomoh indonesia.

Dgn bomoh indonesia tu 2-3 mlm jugak aku gi dapatkan rawatan. satu lagi aku diberitahu macammana aku dikenakan. Dlm minuman pulak.. suwey betul lah. Cuma aku sejuk sikit sebab kedua2 org pengamal perubatan melayu tu kata pompuan tu buat sebab sgt sayangkan aku dan tak nak aku terlepas ke org lain (aku ada pasang ramai makwe ke masa tu?? aku pun dah lupa. Takut nk tulis sebenarnya, takut wife aku baca. ha.3x).

Alhamdulillah selepas beberapa rawatan yg pelik dan mistik aku ok lah. Yg paling aku tak boleh lupa ialah aku kena makan sirih sebanyak 7 malam berturut2. Punya la tak sedap. Bila mkn sireh terakhir yg jatuh pd mlm jumaat, aku muntah keluar air tanah. Busuk mcm bangkai.

Then, aku mula berhati2 berkawan dgn pompuan. Kalau pompuan bagi bekal, aku tak makan. Akhirnya, setelah kenal hati budi pompuan2 yg aku berkawan, aku kahwin dgn pompuan yg famili aku berkenan. Sebab dia semua aku berkenan, aku takut nak lukakan hati mereka. "Memang Patut la ko kena bomoh" itulah kata2 orang yg rapat dgn aku termasuk org yg baca ni. Aku nafikan dan berkata "Dah jodoh aku".

Pengeras? dalam kedua2 rawatan di atas, semua ikut ikhlas. Aku hulur RM50.00, diorang tolak. Dia cakap terlalu byk, RM20 bagi, dia hulur balik RM10. Ada jugak pergi diorang tolak masa aku bg duit. So, aku belikan gula dan biskut utk famili dia. Aku rasa kat area KL, kalau korang hulur RM10 tentu biru mata depa. Aku pernah dengar ada bomoh yg perlu booking RM500 utk jumpa.

Sekian, terima kasih.

2 comments:

cendawanintim said...

lor...ko nih..pernah kena....sian ko.

asal ko playboy dulu erk? pe laaaaa....

Anyway, memang ini jalan bagi orang yang dengki dan sebagainyer, nasib ar kalu kena....tu la ko, tak amal ayat pendinding diri ker....baik ko amalkan sekang jugak...

Aku pon banyak xperience dengan orang2 yang kena black magik nih, cuma takder experience yang cam vodoo tuh, (yang cucuk patung tu kan)...

Sepupu aku meninggal 3 tahun lepas sebab pasal black magik ni la, dia menderita selama 27 tahun....nak tuju pada mak dia, (pasal bisness - orang dengki), tapi terkena kat dia....(siam mali woooo, giler power punya tuju, jumpa mende2 tanam pon bila dah buang pon tak jadik pe, sampai bawak umo)

Semoga kita sumer dilindungi Allah Taala Selalu. Amin

**tapi hari nih ko da start gatal pe..pe la ko nih...

izman said...

cendawanintim,
playboy? aku mmg suka baca majalah tu.. (ops! salah tajuk lagi).

Dh tkena nk buat cam ne. bukan playboy, x de jodoh.

aku start gatal? baru mintak zoom gambor bdk praktikal dh kire gatai? ishh.3x.