Wednesday, May 7, 2008

Tak takutke orang ciplak sajak?

Lepas aku masukkan entry sajak aku, ada sahabat yg email aku kat damak_76@hotmail.com nasihatkan aku jangan publishkan sajak untuk elak ia di ciplak oleh malaon tertentu. Ye lah, sekarang ni banyak kes macam ni.

Kalau kat Universiti dulu pon ada, kes plagiat namanya. Secara peribadi aku memang tak suka ciplak dan aku pun tak mau orang ciplak karya original aku. Kata sahabat aku ni, mereka boleh ambik 100% sajak tu jadikan lagu atau masuk pertandingan sajak dan sebagainya.

Sekarang ni pun masih hangat tentang pencipta asal lagu 'Lagu dari penjara' yang tengah meletop kat Youtube.com. Ada orang kata pencipta dia a.k.a. penyanyi lagu tu yg buat sendiri. dan dah meninggal dunia akibat dihukum gantung kerana membunuh tunangannya. Lagu tu khabarnya dicipta untuk Arwah tunangnya yang dibunuhnya. Ia dicipta semasa ditahan di penjara sehingga dihukum gantung sampai mati. Satu versi lagi ialah ada satu orang mengaku lagu tu dia punya. dia masih hidup. Aku tak pasti siapa punya.

Aku ada proof karya tu aku punya, sajak tu aku tulis tangan dalam buku latihan lagi. kalau diorang buat lagu ke hapa dengan karya aku atau alter sikit jadikan karya mak bapak diorang, aku saman je la. Bila lagi nak kaya. Sekarangkan trend saman menyaman. Bayangkan aku saman diorang RM100 juta, kalau court proof tulisan dakwat tu dah usia dia lebih 5 tahun dan award aku RM1 juta. Gila babas aku. Malaysia ni kecik aje, tentu aku tau punya.

Tapi kalau ada mana2 penulis lirik tersesat ke blog aku ni dan berkenan dgn sajak aku ni nk buat lirik, dipersilakan (Wife aku confirm gelak kalau betul ada orang minat kt sajak aku. dan aku sendiri pun rasa sajak aku ni taraf sajak budak darjah 5 Anggur je). Anyhow, contactlah aku untuk deal harga.

2 comments:

Mak Su said...

bencilah org yg suka ciplak ni, Tuhan kasik akal sama rata, carilah idea sendiri, kalau penciplak tu tak pandai berpuisi, guna ler cara lain untuk cari talent tu. kan izman kan

izman said...

mak su,
trima kasih support aku. Ye lah! sajak darjah 5 anggurpun nak ciplak ke? tak de class betul.