Ari ni kureng proudctive sket psl masa terbuang diluar pejabat. awal pagi dah gi pejabat buruh sebab ada kes buruh. tapi takat ni rasanya boleh menang sebab hujah2 pekerja dapat dipatahkan. pada aku, aku tak aniaya pekerja sebab aku pun pekerja @ kuli macam mereka jugak. tapi kalau mereka saman syarikat dan lebey2, aku fight la.
abis bincang dlm 12pm. group sykt aku gi makan jab kat "Pak Li' kopitiam kat bandar bukit tinggi, klang. Ini kali pertama aku makan kat sini. saje tukar selera sebab tak de selera nak makan nasi. Aku order hokkien char kuey teow. OK lah sedap. dapat lak dengan lada burung, pehhh! untuk hilang kepanasan berhujah, aku pekena ais durian cendul. teringin nak makan durian sebenarnya. Mak aikh... sedapnya durian walaupon cinonet dan dah blender.
Untuk pengetahuan korang, kopitiam pak li ni berkongsepkan kedai kopi cina kat kampung2. dengan bangku, meja, hiasan, memang klasik la. pernah keluar jalan2 cari makan kot psal ada gambar maria tengku sabri tengah makan kat situ di dinding kopitiam.
Crita pasal durian, macam nak pekena durian malam ni. sambil menaip ni pun air liur dah menitis2 atas keyboard. Aku bab makan durian memang tak tolak punya. kalau balik kampung musim durian, hampir tiap2 jam makan durian.
Untuk nak menyakitkan hati orang yg suka durian tentang betapa banyaknya durian kat area rumah aku, korang tengoklah gambar durian kat bawah ni. Tu takat area rumah aku jer, belum kat dusun buah2an aku, dusun datuk aku dan dusun arwah family in-law aku. Biasanya kalau musim durian, kalau kopek durian nampak terus biji dia, alamat buat lempok je la. Aku prefer durian chening dan durian bangkok. Kalau dapat durian tok merah itu kira bonus la.
Gambar : Aku sedang menikmati durian di rumah papa aku di kampung.
14 comments:
nikmatilah durian itu selagi terdaya.
ikhlas dari si anti durian
salam..bessss nya..teringin nak mkn durian aa
ezad,
ko mat salleh ke hape tak makan durian.
apa2pun durian tetap menjadi pujaan perutku.
arsaili,
mcm ni la kawan. ada geng mkn durian.
ko nak aku pos durian kat ko ke? ko doq ostralia kan?
waaaaaah...menjelesnya aku nengok durian...aku kan..sejak peknenkan aqilah tak makan durian...hubby aku tak kasi..dia kata panas...last-last sampai la ni aku tak rasa durian..tingin dah ni...dah tingin ni...harus pi cari durian balik nanti nih...
Salam.
Sedap,
Terbaik,
Stim,
Khayal,
NIkmat DUNIA....
Syukur..
puterisatu,
teringin makan durian atau mengidam mkn durian?
wife aku mengandung dulu, durian dia makan jugak.
goro,
cayalah! ada lagi geng durian.
memang stim. kalau kentut.... stim org yg duduk bdekatan.
durian...sori..aku tak ske, aku ske tempoyak jerk...
"oh kome, deroyan dah berbunger, moh kita, .........." (lagu Os)
cendawanintim,
ciannya x mkn durian. tempoyak cam ne buleh mkn pulak?
rumah ko tak de pokok durian yer???
mak su,
"bila musim deghoyan, rame nampok muka, bile suruh nebas, soko tak nampok bayang. Oh kome, deghoyan udoh luruh, moh kite cepat pergi suluh..." (nyanyilah dengan mak su sampai abis)
adoiiiiiiiiiiiiii
nakdurian la jugak !!
lapo lapo durian
:D
lily.lulu,
kebetulan entry kita tajuk durian.
ropenya antu durian jugak ko yer.
Post a Comment