Thursday, May 8, 2008

Al-Fatihah buat Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Utama SM Nasimuddin


Gambar : Dipetik daripada www.thestar.com.my

Rasanya masih tidak terlewat untuk aku rakamkan ucapan Takziah dan Al-Fatihah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Utama SM Nasimuddin SM Amin diatas kepemergian allahyarham ke rahmatullah pada 02/05/08.

Pemergian allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negara dan orang Melayu. Aku secara peribadi menganggap allahyarham sebagai ikon businessman Melayu yang berjaya dan tiada tolok bandingnya; sebaris dengan Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary, Tan Sri Azman Hashim dan Tan Sri Mustapha Kamal.

Tambahan pula, aku nampak dengan jelas bahawa tiada businessman Melayu lain yang mampu menandingi businessman bukan Melayu yang menguasai industri automotif di Malaysia kecuali allahyarham. Kelahiran jenama 'NAZA' adalah suatu yg amat dibanggakan.

Kemurahan hati allahyarham dalam menderma semasa bencana tsunami, aktiviti sukan seperti menaja KM Naza, menaja Myteam2 dan sebagainya harus dicontohi. Kegigihan allahyarham dalam berusaha membangunkan empayar Naza sehingga membentuk konglomerat yang meliputi pelbagai industri seperti automotif, perhotelan, perladangan dan sebagainya sangat aku kagumi.

Apatahlagi aku yg bekerja di syarikat yg menjadi vendor kepada Naza. Aku dapat melihat kegigihan allahyarham membentuk jenama Naza. Aku juga sempat bersama meraikan pelancaran kereta jenama 'Naza Sutera' semasa pelancaran kereta tersebut oleh Pak Lah di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 22/04/2006 dahulu.


Gambar : Semasa menghadiri pelancaran kereta Naza Sutera di Bertam, Kepala Batas, P.Pinang.


Gambar : Bersama rakan sekerja di pelancaran Naza Sutera. Aku ke 5 dari kiri.


Gambar : Bergambar dengan kereta Naza Sutera. Aku ke 2 dari kanan.

Aku berdoa agar legasi Naza akan terus hidup dan berkembang. Aku sedih kerana legasi DRB-Hicom yang dahulunya gah dengan empayar syarikat2 seperti Proton, EON, Intrakota, dan beratus sykt lain menjadi agak malap dan beralih tangan kebanyakkannya setelah pemergian Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad.

Al-Fatihah.

3 comments:

cendawanintim said...

Yer, Al Fatihah tuk arwah...

Mak Su said...

ish.... sayang, saya tak sempat kenal namanya pun

izman said...

cendawanintim,
Al-fatihah.

mak su,
cukuplah kalau kita ingat kebaikan arwah. Al-fatihah.