Saturday, June 13, 2015

Hati-hati Bermimpi

Hati-hati bermimpi.
Pagi ini aku bangun dengan rasa pedih di selangkangku, mmm.... ada kesan merah.
Aku bertanya isteri, 'ayang ada cubit abangke? Jangan tipu nanti sia-sia puasa.'
'Habis tidur sebut nama perempuan lain, nurul asyikin. Siap sebut, nurul jangan tinggalkan abang nurul'. Isteri menjawab bersahaja. Jawapan yang menghalalkan tindakannya.
'La.. kan abang tengah cuba siapkan novel, abang cuba selami watak. Tu yang mungkin terbawa-bawa dalam mimpi. Ayangkan tau.', aku membela diri, dan membunuh persepsi aku suami yang curang.
'Ayang tau tu, tapi sebut nama perempuan lain walau tau dalam mimpi, geram juga.' Isteri juga tidak mahu mengalah.
'Itukan cuma dalam mimpi, kenapa nak cubit betul-betul', Aku menyoal geram.
'Biarpun mimpi, sakit hati ni tau. Lelaki dipelukan kita bermimpi orang lain', jawabnya lagi.
'Itukan namanya mimpi!', aku menghambur kata geram.
'Ia memang mimpi. Tapi kita kena hati-hati dalam bermimpi, takut mimpi menjadi realiti.', ujarnya sayu.
Aku memeluk erat isteri. 'Insyaallah sayang, abang berkarya ini sebab abang memang mempunyai mimpi kita sekeluarga hidup bahagia di kampung dikelilingi pokok-pokok hijau, dengan kolam ikan dan taman arnab. Tiada lagi hidup dalam tekanan seperi di kota ini.'
Isteri hanya memeluk erat dan mencium dahiku.
'Tapi kenapa ayang cubit 2 kali?', aku menyoal. Mematikan suasana romantis itu.
'Satu untuk Nurul, satu lagi untuk Ain', isteri menjelaskan.
'Kan Ain tu nama watak anak Haikal', aku menghambur rasa tak puas hati.
'Tak kira, anak perempuan pun, kira sebut nama perempuan juga'. Katanya lanjut.
Aku ke dapur dengan rasa marah, dua cubitan di paha kiri dan kanan semata-mata bermimpi. Jika ini natijahnya, aku tak ingin bermimpi lagi.
'Bang, bangun. cukuplah tidur tu'. Laung isteri.
Aku bingkas bangun. ku buka saji, cuma ada lebihan nasi goreng.
Isteri berkata, 'itu lebihan sahur tadi, abang tidur balik tadi, anak-anak habiskanlah. Kalau abang nak makan, abang gi mamak ye'.
Mmm.. patutlah Nabi tegah tidur semula selepas subuh, hilang punca rezeki rupanya.
Nota : buku pertama aku 'jangan sentap. Okey! Akan berada dipasaran tidak lama lagi. Whatapp 0182678719 untuk dapat terus daripada aku.



Petikan daripada facebook peribadi Izman Pauzi


No comments: