Friday, January 22, 2016

Polisi Kerahsiaan Pelanggan

Polisi Kerahsiaan Pelanggan.
Sebentar tadi aku dihubungi oleh syarikat insuran sebagai pelanggan bertuah dalam cabutan rambang. sebelum dia mempromosi produknya, aku terlebih dahulu bertanya dari mana dia mendapat nombor telefon aku.
jawapannya, pembelian di pasaraya seperti giant, tesco, jusco. aku cakap dia menipu, aku hanya membeli di pasar malam dan sayur tanam sendiri untuk elak GST. aku mendesak sumber rujukannya.
dia terdiam, aku yakin supervisornya yang sedang 'monitor' percakapan kami membantu. dia memberitahu ia daripada rekod pembelian online. lagilah aku marah. aku memang suka membeli online tetapi terus melalui seller di group terpilih atau website luar negeri. suaranya tersekat-sekat.
aku menasihatinya tidak menelefon aku lagi untuk sebarang promosi atau aku akan laporkan kepada SKMM. kerajaan dengan jelas telah mewajibkan semua syarikat menandatangani polisi kerahsiaan data pelanggan, tetapi ia cuma indah khabar dari rupa. aku yakin kebocoran dan penjualan maklumat pelanggan ini dibuat oleh orang dalam yang yang tidak jujur ibarat musang berbulu ayam.
aku bersimpati dengan eksekutif telemarketing yang menelefon aku sebentar tadi. sebagai HR aku faham dia sekadar bekerja dan menjalankan tugas. data pelanggan yang dihubungi diberi oleh syarikatnya. namun dia juga bersalah, menelefon aku ketika aku sedang asyik minum petang.
gangguan!.

No comments: