Sambal Hitam Pahang.
Aku bukanlah peminat tegar sambal belimbing buluh ini, tetapi stok untuk makan sendiri sentiasa ada. Boleh makan dengan nasi putih panas ketika keputusan belanja. Itupun sekadar beli runcit-runcit dengan kawan atau diberi ahli keluarga.
Semasa membayar di kaunter tengahari tadi, aku senyum melihat sambal trademark orang pahang ini terjual di seantero tanah jawa ini. Alhamdulillah, semoga sambil hitam ini laris dan menjulang nama pahang sebaris dengan populariti pasukan bola tok gajah, ikan patin masak tempoyak, asam rom biji getah, dan bauksit si debu merah.
Dan tanpa prejudis sebab aku yang membayar dan lidah aku yang merasa, sambal hitam paling sedap aku pernah makan ialah buatan ibu saudaraku di ulu cheka, jerantut; makdik Badariah Daud. Dan satu lagi ialah di warong junifars di no.2 gerai majlis daerah raub di simpang kallang. Keduanya best in the world.
Sambal hitam orang lain juga sedap, termasuk sambal buatan isteriku yang tersayang.
Deria rasa lidah kita berbeza, jadi selera tidak sama. Jika anda ragu kelazatannya, cubalah sendiri.
Jika ada peniaga sambal hitam dalam kenalan aku... bolehlah tinggalkan gambar dan nombor telefon.
Jom bersambal hitam.

No comments:
Post a Comment