Seterika.
Melihat gambar ini aku tertawa. Lantas terimbau kisah sewaktu aku di asrama putera di sekolah menengah padang saujana, jerantut. Aku di tingkatan 5 ketika itu.
Dibilik aku, imam syafie, ada seorang pelajar pintar bernama khalid di kelas ixora. Di dalam cerdik ada sengalnya.
Iyalah, dikala semua penghuni asrama menggosok pakaian menggunakan seterika elektrik, khalid lebih selesa menggunakan kaedah primitif. Dia menggosok penutup tin biskut ke lantai simen sehingga panas dan menggosok pakaiannya.
Aku akui cara itu juga boleh melicinkan kedut tetapi kaedahnya rumit dan menyusahkan. Aku baran melihat kelakuannya.
Bila disoal, rupanya dia tidak tahu menggunakan seterika elektrik. Aku mengajarnya langkah demi langkah. Dalam bab menyeterika ini aku agak profesional kerana terbiasa menggosok pakaian sendiri (nota : semasa di rumah, kakakku Idayu Pauzi yang menggosoknya). Alah bisa tegal biasa kata orang.
"Khalid, lain kali jika tak pandai buat sesuatu, cari saya atau mana-mana senior bilik kita ini, belajar!. Selain saya boleh belajar daripada Amiruddin Mohd Saman atau badang Fadhil Salim, vicky Vikram Narayan pun boleh. Faham!", jerkah saya. Khalid sekadar angguk.
"Ingat kata-kata saya ni, belajar mesti dengan orang yang pandai, bukan dengan si bebal. Bak kata orang 'hendak belajar berenang, dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai'.
Khalid angguk lagi.
Aku tahu khalid masih dengan kaedah kuno itu untuk sekian lamanya sehingga aku tamat belajar disitu secara sembunyi.
aku yakin khalid sudah matang dan berjaya kini. Jika tidak.... tentu dia jadi tarzan.

No comments:
Post a Comment