Monday, January 11, 2016

Rehat

Rehat.
Sejak hari jumaat malam sabtu hingga 8.00AM ini aku tidak mengaktifkan internet dirumah. ribuan whatsapp dan pm bertalu-talu pagi ini. insyallalah nantilah aku tengok semuanya itu kemudian.
sepanjang aku tidak online, dunia sebenarnya berjalan seperti biasa. hanya beberapa sahabat yang rapat call dan mesej bertanya khabar kerana tiada kewujudan aku di alam maya dan tiada posting di fb dan whatsapp. sebahagian besarnya tidak peduli, ia ibarat 'datang tak menambah, pergi tak mengurang'. itulah sebenarnya hakikat kita didunia fana ini.
paling menarik apabila tidak beronline ialah kehidupan pada mulanya seakan kekok, tapi beransur seronok. aku banyak masa nak bergurau senda dengan anak-anak dan isteri (mmm...). kami lebih banyak melakukan aktiviti bersama.
di saat membilang hari menginjak usia 40 tahun ini, banyak sebenarnya benda hendak dikejar. maklumlah, semasa usia muda belia kita selalu dibuai angan-angan dan nafsu. cuma aku berdoa agar janganlah pula sampai 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'. rugi!
insyallah aku akan berposting seperti biasa, jika aku ada idea. ada jugak sahabat yang rindukan posting aku rupanya, termasuk rakan yang selalu tak sebulu dengan tulisanku. ia ibarat 'jauh bau bunga, dekat bau tahi'.

No comments: