Hari Lelaki.
40 tahun aku hidup, baru hari ini aku tahu, hari ini adalah HARI LELAKI. mmm... yang aku tahu, setiap hari khamis malam jumaat adalah hari bapa. itupun sebab ramai rakan lelaki yang asyik bercerita.
aku tidak mahu bercerita kehebatan aku sebagai lelaki, sebab dimata orang, aku cuma lelaki biasa. barangkali aku sekadar hero di mata isteri dan anak-anak.
dalam mendabik dada sebagai kaum yang kuat, sebenarnya aku tidak mampu mengurus keluarga terutama urusan persekolahan anak-anak jika tiada tangan isteri tersayang, syukurlah, isteri bersifat 'suka hati di dada, ringan beban dibahu' kerana mengambil tanggungjawab mengasuh anak dirumah yang bukan kepalang jerihnya.
namun apabila anak-anak berjaya dan berhati mulia, aku pula sering mendapat pujian serata, wanita bergelar isteri hanya tumpang tersenyum bangga, suami disanjung tetangga. 'tangan penat memerah, pasu mendapat santannya'... hahaha.
itulah sahaja mesej sempena hari lelaki ini buat peringatan diri sendiri. hidup kita bukan menongkat langit, dan bukan pula seperti enau didalam belukar, melepas pucuk masing-masing dalam hidup berkeluarga. rendahkan ego dan ringankan tulang membantu isteri dirumah tidak merendahkan martabat kita sebagai lelaki kerana hidup ini sandar-menyandar umpama aur dengan tebing.

No comments:
Post a Comment