Bersyukurlah!
Semalam adalah hari terakhir aku berjumpa dengan 2 orang pekerja aku warga nepal, mereka ingin pulang ke negara asal. Aku membawa mereka ke restoran mamak untuk sesi ramah mesra terakhir lebih santai.
sejujurnya kontrak 3 tahun mereka masih belum tamat, namun atas ehsan syarikat kami lepaskan mereka pulang atas alasan keluarga dan peribadi. namun setelah diselidiki, alasan sebenar ialah matawang kita yang mengecil dan tidah berbaloi bekerja untuk upah yang hampir setara dengan pendapatan disana. ok, aku boleh menerima alasan itu, ia fakta.
semasa berbual, rupanya jauh benar langkah mereka untuk ke negara bertuah kita ini. untuk pulang ke kampung halaman mereka nanti, mereka terpaksa melalui perjalanan kapal terbang selama 4 jam. di kathmandu, mereka akan meneruskan menaiki bas selama 3 hari berturut-turut, siang dan malam. setelah sampai ke stesen bas terakhir, mereka terpaksa berjalan kaki selama 3 ke 4 hari bergantung kepada cuaca.
aku ditunjukkan gambar sekitar kawasan yang akan mereka lalui, ia saujana mata memandang. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, itulah perumpamaan yang sesuai kerana untuk pulang ke desa mereka, mereka terpaksa menaiki banjaran gunung, menuruni lembah kontang, melepasi danau, dan berehat di mana-mana rumah tumpangan atau bangsal di kala malam berlabuh.
bila ditanya mengenai ole-ole yang dibawa pulang, mereka bangga menyatakan bahawa mereka telah membeli tv 32 inci LED, beberapa perkakas elektrik, telefon bimbit dan pakaian. mereka terpaksa mengupah porter/sherpa untuk mengangkut barangan ini dengan kadar RM1.00 setiap kilogram barangan. mereka juga terpaksa menanggung semua perbelanjaan pergi dan balik sherpa tersebut termasuk makan minum, tambang dan penginapan yang berjumlah sekitar RM1000.
"Jadi berapa duit ada untuk guna di kampung?", soalku.
" Ini gaji RM2900 habis boss. satu sen pun tak ade. Duit boleh cari, tapi ini barang kasi mamak (maksud : emak) sama adik happy.", jelas mereka. aku hanya mengangguk.
membayangkan perjalanan mereka yang penuh ranjau, hidup mereka yang dhaif dan hanya bersumber tenaga solar yang terhad, suhu sejuk melampau dan kekurangan punca pendapatan, aku berasa sangat beruntung lahir di bumi Malaysia ini. bagi pekerja nepal tersebut, mereka ibarat belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk. sedang aku disini terus berhempas pulas membanting tulang mencari rezeki yang halal dan berkat.

Dirgahayu Malaysia.
No comments:
Post a Comment