Thursday, August 27, 2015

Peminat.

Peminat.
berbual-bual dengan rakan, rata-rata agak cemburu dengan aku kononnya aku kini telah berubah status dari orang biasa kepada dewa-dewa semata-mata aku telah menjadi penulis buku.
'Wah best la kau Man, buku kau dipasarkan merata Malaysia, tentu ada peminat jumpa nak ambik autograf', antara kata-kata mereka.
Itu untuk artis, atau penulis buku yang dah ada nama. untuk aku yang berdiri sebelah buku, ada pengunjung koyak plastik dan baca buku tulisan aku sambil ketawa terbahak-bahak tapi haram tak tau penulis sedang mengharap nak sign autograf kat sebelah pun ada. mereka tak tahu, atau cam aku langsung. huh!
oh.. aku ada kisah peminat yang cam aku.
beberapa minggu lepas, aku berdiri didepan pasaraya sambil menunggu isteri dan anak-anak yang masih sakan membeli. aku malas nak ada sekali sebab kalau aku ada, lagi banyak mereka membeli, akukan mesin cetak duit!
hari itu aku berpakaian biasa-biasa sahaja, cargo pants yang senteng kakinya, baju bundle tanpa kolar dan berselipar crocs pasar malam. aku bersandar di dinding.
tiba-tiba aku terpandang beberapa gadis memandang kearahku sambil menolak antara satu sama lain. aku toleh kiri kanan, sah! hanya aku seorang disitu.
'Mereka pasti peminat aku', getus hati kecil aku. namun aku sengaja buat endah tak endah, cuba jual mahal.
Berlaku tolak menolak antara mereka. dan salah seorang yang paling comel mengalah dan berjalan ke arahku.
Jantungku berdengup kencang, ada juga peminat walaupun editor puan Sity Normala Salim letak gambar hitam putih untuk muka aku dalam ruangan penulis buku. Ada jugak peminat yang dapat cam. Yes!
dia semakin hampir, aku buat-buat tak perasan. tapi dengup jantung aku semakin kencang. Alhamdulillah, inilah sejarah hidup aku, peminat pertama nak minta sign autograf dan berselfie.
'Assalamualaikum', sapanya lembut. aku segera menoleh dan menjawab salamnya.
'Pakcik, lori belakang kereta myvy merah tu pakcik punya ke? minta alih boleh tak? kami dah lambat nak gi kolej ni', katanya lagi.
'Bukan anak, lori 1 tan tu bukan pakcik punya. pakcik bawak kontena, tu pakcik park hujung sana tu', jawab aku spontan (baca : dalam suara yang geram, tapi dipendamkan).
'Oh maaflah! ingat pakcik punya. takpelah, terima kasih pakcik', ujarnya sambil berlalu.
malam itu aku menjadi murung. jam 11 malam tapi aku masih tidak mampu melelapkan mata. aku start kereta dan mencari restoran mamak berhampiran yang masih buka. aku memesan roti jantan dan sekeping roti kosong garing, beserta teh tarik kurang manis.
alhamdulillah, aku dapat tidur lena selepas itu. mmm.. rupanya aku tidak boleh tidur dalam keadaan perut lapar.

1 comment:

insan marhaen said...

wah... kalau ada roti jantan mesti ada roti pondan...he..