Wednesday, August 26, 2015

Price Tag.

Price tag.
Sambil menunggu rakan 'carpool' membeli sarapan, aku melayan fb dan whatsapp. Aku terkesan dengan 'posting' nilai tukaran ringgit malaysia berbanding dollar amerika.
Aku tersandar, tapi terus melayari fb.
Tiba-tiba aku jadi emosi melihat 'posting' seorang rakan fb yang mengutuk masyarakat yang disifatkan tidak bersyukur kerana menghentam kejatuhan nilai ringgit.
"Aku tak faham kenapa ramai mengutuk kerajaan pasal duit malaysia jatuh. Aku pergi pasaraya beli barang, sama je harganya. Ini semua agenda yahudi dan DAP", antara tulisannya.
Aku respek nilai kesetiaannya pada parti nasionalis melayunya, tapi janganlah memperbodohkan diri dengan begitu hina.
Aku teringat kisah beberapa hari lepas semasa aku di kaunter bayaran kedai runcit.
Kelihatan seorang wanita melayu lewat 40an sedang membayar harga barangan dengan duit syiling.
'Akak, ambiklah beras 5kg dan telur satu papan lagi senang. Dulu semalam akak ambik beras 1kg sama telur 3 biji, ini hari sama juga.', tegur peniaga itu.
'Tak cukup duit la anne. Suami kerja belum gaji, OT pun tak ada. cukup bulan gaji lagi mau bayar rumah, motor, minyak, bas sekolah. Mana cukup duit.', ujar wanita itu tanpa berselindung.
'Tak pe, akak ambik dulu, tulis buku. Suami gaji bayarlah', cadang si pekedai.
'Tak maulah. Kita makan apa yang ada duit sudah. Nanti hutang tak boleh bayar, susah!. Lagipun suami cakap kalau kilang dia tutup, dia mau balik kampung, perak', jawab wanita itu jujur.
Aku menonton realiti drama itu di depan mata dengan air mata yang bergenang.
Ya, aku boleh sahaja mengeluarkan duit dan membayar harga 10kg beras untuknya tapi bukan semua orang sanggup menerima sedekah orang asing. Semua orang ada 'price tag' (harga diri).
Urusniaga selesai dan dia beredar dengan wajah rawan. Hidup susah telah menghilangkan rasa malunya.
'Kumar, i hear clearly what that women just said. Im so sorry for her. If she happen to come here and ask for 'hutang beras and telur', just give. Abang kia will pay. Just tell her you 'belanja'. Aku bersuara sebelum membayar.
'Okey abang kia', jawab peniaga yang juga kenalan sejak 10 tahun itu. Dia mengenali aku sebagai 'abang kia' sempena kereta yang sekian lama aku pakai.
"You can't put a price on a life,
We do this for the love,
So we fight and sacrifice,
Every night,
So we ain't gonna stumble and fall,
Never,
Waiting to see a sign of defeat,
Uh uh.."
Izman
Small lamb chop

No comments: