Tuesday, August 11, 2015

Doktor Serabai

Doktor serabai.
Tadi aku sakit tekak, jadi aku ke klinik panel untuk rawatan.
Persepsi pertama bila berjumpa doktor; wah! Serabainya doktor lelaki melayu ni. Rambut panjang mencecah bahu dan kembang. Mana punya doktor lokum ni.
Ia segera mengingatkan aku pada "Bab 29 : Don't judge the book by its cover" seperti di buku aku "jangan sentap, okey!".
'Ya encik izman, sila duduk. Sakit apa?', soalnya mematikan lamunanku.
'Sakit tekak doc', jawabku ringkas. Doktor segera menyuluh tekakku. Merah, katanya.
'Doc, boleh bagi saya ubat kemam tak?, soalku lagi.
'Oh.. lorenzo, boleh', jawab doktor lagi.
Aku tergelak. Tingkahku membuat doktor itu terkejut dan menyoalku; 'kenapa en izman ketawa?'.
'Lorenzo tu bukan jenama perabotke?', jelasku. Doktor itu hanya diam, kecil hati denganku barangkali.
Tapi, doktor itu juga tidak mahu berkasar denganku, diam lebih baik. Pepatah lama papua new guinea selatan ada berkata 'doktor memang selalunya betul. Tapi melawan HR boleh menyebabkannya marah dan hilang bisnes'.


Dipetik daripada facebook peribadi izman pauzi

No comments: