Friday, August 14, 2015

Respond Terbuka : Fenomena Minta Kerja Kilang.

Respond Terbuka : Fenomena Minta Kerja Kilang.

aku tertarik nak kongsi info mengenai isu viral yang menyatakan bahawa maksud umumnya ialah sukarnya anak malaysia nak dapat kerja dan dianak tirikan oleh majikan/syarikat.
aku nak respond sebab aku memang dalam Human Resource / Sumber Manusia. jadi pengambilan pekerja, dan isu ini memang bidang aku.
isu pertama :
'kerja kilang nak sijil untuk lokal, tak perlu sijil untuk warga asing'.
Jawapan :
'sebenarnya tak perlu sijil jika setakat nak gaji minimum rm900. orang tak sekolah langsungpun boleh dapat gaji tu. HR minta sijil untuk bagi jawatan lebih baik. kalau ada SPM contohnya, HR kemungkinan boleh bagi kerja QA dengan gaji lebih tinggi. kalau ada SPM dengan sedikit pengalaman, kita bagi gaji lagi tinggi.
konsep dia sama jika pekerja untuk jawatan lain, tak mungkin kita nak bagi gaji yang sama untuk pekerja ada sijil dengan orang ada diploma atau ijazah.
warga asing memang tak perlu tengok sijil mereka sebab jika kita tengok, ramai pekerja tempatan tak dapat kerja langsung. ramai antara mereka sebenarnya ada sijil kolej, atau kemahiran di negara mereka. tapi majikan ambil mereka sebagai operator sahaja.
gaji lokal dan asing sama rm900? tu bukan syarikat tentukan, itu akta yang diluluskan di Parlimen dik oi.. syarikat wajib ikut. jika majikan bayar pekerja asing bawah rm900, kena kompaun dan ke mahkamah. jika adik nak gaji mahal, kena pergi sekolah, kena ambil kemahiran.
isu kedua :
'rumah, pengangkutan disediakan untuk pekerja asing'.
jawapan :
'syarat pengambilan pekerja asing adalah seperti dipersetujui oleh G2G (goverment to Goverment). ia diputuskan oleh kedua kerajaan sebelum pekerja dibawa masuk.
contohnya: untuk membawa masuk pekerja asing, kontrak pekerjaan perlu ditandatangani oleh majikan dan pekerja dan diendoskan oleh kedutaan masing-masing. jika syarat tidak dimasukkan didalam kontrak, pekerja tidak boleh dibawa masuk ke malaysia. kerajaan pekerja asing tersebut dengan jelas meminta syarat kadar upah, kerja lebih masa(overtime), kemudahan dan potongan.
harus diingat bahawa majikan memang diberi kuasa untuk memotong gaji bagi maksud bayaran levi pekerja asing dan penginapan.
sebenarnya banyak juga syarikat yang bagi asrama, pengangkutan dan penginapan untuk pekerja lokal, carilah syarikat yang besar-besar sikit dik.
oh ya... sepanjang hidup ini tak pernahkah adik terserempak dengan segerombolan pekerja asing berjalan kaki dengan menjinjing bekas makanan sebab ada syarikat tak sediakan asrama dan pengangkutan? cubalah bangun awal pagi tengok-tengok dunia sekeliling sikit. hehe.
isu ketiga :
'Overtime / kerja lebih masa warga asing lebih diutamakan'.
aku setuju sebab secara peribadi sepanjang lebih 10 tahun menjadi HR di 4 buah syarikat, pekerja lokal sangat memilih kerja.
jika OT hari-hari, kata letih takde rehat. tak de OT, merungut. ramai hanya nak OT hari ahad dan public holiday sebab dapat double/triple pay. jika OT setakat sejam, jual mahal tak nak.
aku faham, lokal banyak komitment keluarga, tak sama warga asing yang tak ada anak isteri di asrama penginapan. tapi jangan lah selalu sangat bagi alasan. asyik beralasan, HR dan majikan juga manusia, mungkin pekerja tersebut tersisih jika diberi OT.
oh ya... yang akhir tu bukan isu, tapi nasihat. yang itu aku sokong 200%. anak tempatan kena sedar bahawa dalam menjadi tuan dinegara sendiri, kita kena ada ilmu/kemahiran dan kena ada wawasan.
berjuang untuk masa depan tu aku sanjung, tapi bukan dengan mengadu domba warga asing itu buruk dan jahat. mereka sekadar cari makan untuk diri dan keluarga disini, mereka tidak bersalah.
peraturan/akta kita yang gubal melalui wakil-wakil rakyat kita di parlimen, bukan warga asing yang gubal.
negara kita perlukan warga asing sebab kita sudah maju dan rasa malu dengan kerja-kerja rencam, mereka yang lakukan untuk kita kerja menoreh getah, berkebun, pembantu rumah, kerja kilang, tukang cuci dan sebagainya.
kamu yakin ada yang nak buat kerja-kerja itu jika kerajaan hantar pulang 100% pekerja asing? dan ekonomi negara tidak terjejas?
aku memang tak yakin.
yang benar,
Izman Pauzi
Pegawai Sumber Manusia Kilang
penulis buku 'Jangan Sentap, Okey!'

No comments: