Sunday, August 23, 2015

Hidup Berkurung.

Hidup berkurung.
Hari ini dua anakku; mira dan fahmi berkurung sahaja di dalam rumah. Mereka dijangkiti 'chicken pox'.
Teringat perbualan dengan sahabat aku mengenai 'berkurung di rumah'.
Imbas kembali 2 minggu lepas.
Kami melalui kawasan elit di kota damansara untuk makan tengahari, ia jalan 'shortcut'.
Sahabat aku bersuara, ' kesian ye jadi orang kaya. Rumah besar, tapi semua terkurung macam burung merpati'.
'Kenapa ko cakap macam tu, best apa jadi orang kaya. Rumah besar, kereta mewah, duit banyak', aku memberi respon.
'Best ko cakap!. Nak masuk taman ada 'guard'. Nak masuk rumah sendiri ada 'guard'. Baik jadi orang biasa macam kita, bebas'. Jelasnya lagi.
Aku ketawa. Dia menjeling kehairanan.
'Apa beza kita dengan mereka?. Mereka kaya jadi mereka upah 'guard' untuk jaga nyawa dan harta mereka. Jadi mereka sebenarnya minta hidup terkurung.. untuk keselamatan sepanjang masa'.
'Kita yang belum kaya ini apa kurangnya?. Kita sampai rumah terus tutup pagar dan gril. Jika kita benarkan anak-anak bermain dengan anak jiran, sekadar ditepi pagar masing-masing'.
'Kita dengan jiran?. Sekadar kenal rupa, majoritinya kita tak tahu nama. Sekadar angkat tangan bila bertembung.'
'Semasa cuti kita lebih suka membuat hal sendiri, disebalik pagar dan pintu yang berkunci".
'Adakah kita tak sama dengan mereka yang super kaya itu?', soal aku diakhir penjelasan panjang lebar.
Diam.

Nota : Dipetik daripada facebook peribadi IZMAN PAUZI.

No comments: