Ruang Dan Peluang.
rata-rata kaum bapa ke tempat kerja hari ini dengan tersenyum lebar. penangan malam jumaat barangkali.
aku teringat kisah malam tadi.
sementara melayan anak-anak mentelaah pelajaran, seorang sahabat menelefonku meminta nasihat.
beginilah rencam orang HR, di kilang memberi kaunseling, balik ke rumah... serupa juga. pun begitu, aku relahati memberi nasihat percuma memandangkan dia telah memiliki buku aku 'jangan sentap, okey!' sejak awal-awal lagi (baca : jika tak beli buku, jangan gatal-gatal nak call minta nasihat diluar waktu pejabat).
'man, anak aku tu lembap la otak dia. bila aku tanya 'even' soalan mudah, dia ambil masa yang lama untuk jawab', dia meluahkan keluhan.
sebagai sahabat, aku kenal semua anak-anaknya. dan aku tau anaknya yang seorang itu agak perlahan pertumbuhan akalnya. namun, aku suka memberi penerangan yang positif untuk menaikkan motivasi kebapaannya.
"bro, anak kau tu kecil lagi, baru 9 tahun. jangan beri dia terlalu besar harapan dan tekanan. jangan pula bandingkan dia dengan abang dan kakaknya'.
"kau kena bagi anak kau RUANG dan PELUANG. jangan asyik bagi tekanan pada anak suruh belajar, suruh berjaya, dapat masuk universiti, dapat gaji besar, dapat tolong ayah dan mak bila kita dah tua. itu semua tekanan pada mereka. otak mereka belum diprogramkan untuk tiba ke saat itu. kau kena bagi dia ruang untuk dia meneroka kebolehan diri dia".
" kita sebagai ibubapa cuma perlu bagi mereka peluang. peluang belajar, peluang bermain, peluang bersosial, peluang memperbaiki kesilapan. kalau salah, boleh bagi hukuman. tapi berpada-padalah".
"anak-anak itu amanah. jangan kita hukum anak kerana kesilapan kita yang lalu. kita sering suruh anak belajar dan dapat cemerlang, sebab kita dulu tak cemerlang. kita nak anak kita dapat nombor 1 sebab kita nak penghargaan masyarakat. itu salah". kataku panjang lebar persis seorang motivator terkemuka.
dia diam.
kemudian dia bersuara, "kau rasa anak aku tu masa depan dia okey tak?'.
aku menjawab, "bro, jangan kau risau sangat pasal masa depan mereka. kita bagi mereka ilmu agama, ilmu dunia. selebihnya kita serah pada Allah.".
"aku pernah cerita dulu, aku ada kawan, bodoh piang masa sekolah dulu. dia memang duduk di kelas terakhir dari darjah 1 hingga tingkatan 5. kawan aku itu sendiri fikir dia sekadar akan bekerja jadi tukang susun kayu di kilang papan teramaju di jerantut. tapi dia kini jutawan. aku kalau boleh balik jerantut tak nak terjumpa dia, malu!".
"pada pendapat peribadi aku, hal anak kau lambat menjawab bila disoal tu, hal kecik aje. itu sebenarnya bagus sebab dia berfikir dulu sebelum menjawab soalan. dia budak cerdik. cuba kau bayangkan anak kau tu ditanya soalan, terus boleh jawab tapi jawapan bangang macam jawapan sebilangan menteri kita, ko rasa macam mana". terang aku lagi.
dia tergelak. kami kemudiannya berbual-bual hal lain sebelum menamatkan perbualan.
telefon diletak ditepi. aku sekadar senyum.

"ayah, ayah cakap dengan siapa?"
"kenapa ayah asyik cakap 'ruang' dan 'peluang' ?"
anak-anak menyoal bertalu-talu.

"oh, kawan ayah telefon tu."
" nak tau tentang ruang dan peluang ye?. sekarang dah 1030PM, pergi tutup tivi, gosok gigi dan tidur. anak-anak kena bagi ruang dan peluang pada ummi dan ayah nak bersenda gurau', jawabku berbaur arahan. mereka sekadar akur dalam geram.

No comments:
Post a Comment