Tuesday, August 25, 2015

Ekonomi Kian Parah.

Ekonomi kian parah.
sebagai HR, hari-hari yang mendatang membuat hati aku tidak tenteram. ye lah, bila ekonomi makin merudum, pasti kepakaran kami untuk membuang pekerja ditagih.
Mmm.. melalui mata pekerja, HR memang suka menangguk di air keruh. bila ekonomi bagus, syarikat beroleh laba, HR tumpang menikmati faedahnya. tapi bila ekonomi punah, syarikat mendapat bala, HR membuang pekerja.
ya, aku setuju bahawa HR macam aku akan membuang pekerja bila tiba masanya. tapi ia setelah kami juga sudah tiada upaya untuk mempertahankannya.
kami cuba 3R:
1) Reduce
2) Relocate
3) Retraining
Mana-mana pekerja yang berhenti, tidak diganti.
mana-mana pekerja yang dah rosak disiplin diri berkali-kali, kami ketepi.
Mana-mana pekerja yang berlebihan, kami buat migrasi.
Mana-mana pekerja yang tiada kurang mahir, kami ajari.
namun, ramai juga yang masih BUTA.
mengharap jasa lama diingat semula.
mencanang kononnya mereka berharga tetapi sayang produktiviti tiada.
tunggulah... suatu hari kita semua kembali ke jalan raya, menapak untuk mencari kerja.
Persoalannya;
bila?
siapa dahulu?
Hanya TUHAN yang tahu.

Nota : Dipetik daripada facebook peribadi IZMAN PAUZI.

No comments: