Wednesday, August 5, 2015

BABI!

Babi!
Pagi ini aku di shah alam. Urusan imigresen, invest selangor dan jabatan alam sekitar. Ia untuk projek baru kilang yang diluluskan miti.
Aku menggunakan LKSA dan merentasi seksyen 15. Inilah tempat pertama aku mula bekerja dahulu. Kenangan bersama kekasih lama turut mula menerjah memori ( nota untuk isteri : abang tengah cari mood buat novel ni. Ayang faham kan.)
Aku teringat kisah rakan sekerja aku. Beliau juga HR tetapi di cawangan berbeza. 
Tengahari itu dia masuk ke pejabat dalam keadaan berbeza. Perkataan 'babi' tidak putus-putus terlontar dari bibirnya.
Aku rasa tidak selesa dan mula bertanya. 'Rosman, kenapa ni bro... asyik sebut 'babi' dari tadi.'
'Dah memang babi. Hidup haram, matipun haram jadah. Habis aku pun terpalit najisnya', jawabnya dalam nada geram.
Aku faham, kerja HR ni selalu menjadi mangsa kemarahan majikan dan pekerja. Apatah lagi syarikat kami ini selain membuat produk sendiri, turut juga menjadi 'manpower contractor' untuk syarikat negm, dksb, ici, mddm dan beberapa syarikat lagi.
Ya.. aku faham perasaan apabila dimarah dan dimaki, dan kita diarah untuk diam. Ia seperti bom jangka. Kita perlu luah sebelum kita jadi gila.
'Ko kena maki dengan jepun tu lagi ke?', tanyaku lagi.
'jepun maki aku boleh tahan lagi, ini memang betul-betul babi'. Jawabnya lagi.
Sebagai rakan, aku duduk disebelahnya, dan menepuk bahunya. 'Sabar bro', kita ni cuma pekerja. Kalau bos ganesh atau bos raja marah tu, kita sabarlah. Mereka baik , cuma kadang kala mereka pun ada masalah mereka sendiri'. Pujukku untuk menenangkan suasana.
'Aku bukan cakap pasal bos kitalah izman. Aku cakap pasal babi, babi yang betul-betul babi', jelasnya.
Aku tergamam. Siapakah ' babi' itu?.
'Tadi masa aku dari sri muda nak datang sini, aku bawa motor. Lalu depan balai bomba seksyen 15 tu aku rasa ada air memercik muka dan badan aku, aku ingat hujan. Tapi rupanya lori bawa babi yang baru lepas sembelih.'.
'Dah la lori tak pakai cover, banyak betul babi bergayutan'. Jelasnya panjang lebar sambil melakonkan semula air yang mengenai muka dan pakaiannya.
'cilaka punya babi!, habis akupun terpalit najisnya juga'.
Aku menumbuk rakan sekerja aku itu kerana tidak memberitahu dia bernajis.




Nota : dipetik daripada facebook peribadi izman pauzi

No comments: