Tutup dan Berkembang.
Berbual dengan sahabat yang datang beraya di rumah aku membuat aku sedar bahawa ekonomi kita semakin tenat.
banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar, dan ia sesuatu yang biasa sebab aku boleh lihat contohnya dihadapan mata. di pelabuhan klang ini jika mata kita tidak cemerkap memandang, kita tahu bahawa banyak kedai 'spare parts', kedai motor, kedai runcit, kilang, syarikat mainan, dan termasuk gerai nasi lemak banyak telah menyerah kalah pada kerakusan ekonomi.
'kenapa nak berniaga jika tiada pelanggan', kata salah satu pemilik kedai runcit yang lebih 7 tahun aku kenali apabila aku tanyakan kenapa tutup kedai. dia dahulu tauke, kini bekerja sebagai pemandu forklift di kedai barangan lusuh. kisahnya sama macam kisah 'dulu tauke, sekarang kuli' didalam buku aku, "Jangan Sentap, Okey!".
namun, di pelabuhan klang ini ada satu perniagaan yang aku perasan perniagaannya semakin berkembang......

KEDAI NOMBOR EKOR!
No comments:
Post a Comment