Sia-sia Menyisih.
sejak 3 bulan dahulu aku kerap mengepos surat di peti merah. ia gara-gara hobi baru yang aku kongsi bersama putriku Pika iaitu mengumpul sampul duit raya.
semasa mengepos surat bersetem, aku terbiasa mengikut arahan di peti surat tersebut iaitu menyisih surat mengikut kawasan; 'SELANGOR SAHAJA', dan 'LAIN-LAIN KAWASAN'. aku mengikut arahan bertulis itu tanpa sungutan ibarat lembu dicucuk hidung.
pada sabtu lepas, ketika aku tiba di pejabat pos untuk mengepos surat, aku lihat posmen menggunakan van sedang mengambil surat, aku tidak jadi mengepos, sekadar melihat sahaja kaedah pengutipan surat. dan sejak hari itu ia menjadi persoalan bagiku tentang kewajaran polisi pengasingan surat mengikut kawasan. namun aku masih berfikir, mungkin ia tindakan pekerja pos yang cemerkap.
tengahari ini aku mengepos surat lagi. barangkali Tuhan ingin menyelesaikan persoalanku yang seminggu bermain di benak kepalaku. pekerja pos sedang mengutip surat dan mengisinya ke dalam karung. kebetulan aku mempunya 4 keping surat; 1 selangor dan 3 bukan selangor. aku menegur pekerja pos itu dan menyuakan surat mengikut kawasan.
"Bang, yang kanan ni untuk selangor, kiri ni negeri lain bang", kata aku.
dia senyum dan menjawab, "semua masuk karung sama bang". aku lihat dengan mata kepalaku dia memasukkan kesemua surat di dalam karung sama. dia juga memasukkan surat di dalam peti yang dibahagi dua itu kedalam karung sama. aku berpendapat itulah cara sebenar mereka mengumpul surat dari peti surat. jadi aku rasa tindakan menyisih surat adalah sia-sia, ia bagai menumbuk padi hama.
jadi lain kali aku jelas bahawa tidak perlu menyisih surat kerana akhirnya pekerja pos juga akan mencampur adukkan semua surat didalam karung sama seperti buntil mengembara p.ramlee dalam filim musang berjanggut.

jika disini ada kakitangan pos yang merasa kenyataan aku ini salah, betulkan. kes pertama di daerah klang dan kes kedua di kota damansara.
1 comment:
agaknya byk lagi keje yg kita buat ikut peraturan cam biasa adalah sia2 juga akhirnya.. kalu mengenangkan deme satukan ajer selangor and lain2.. kannn?
hmmm.. sia sia
Post a Comment