Sunday, January 31, 2010

Last Day Kat Cameron Highland

masih lagi stori pasal cameron highland. since kami pergi dua kereta, so kami duduk apartment 2 bilik. kami tak survey pun, sampai brincang kami terus ke hotel yang kami rasa sesuai dan bayar. nak cari yang murah bersepah sebenarnya hotel dan rumah tumpangan, tapi malas nak fikir. kadar apartment tu pun boleh tahan iaitu rm300 semalaman, kami on je.

sebab cuma pilih 2 bilik, sepupu aku yang bujang dah tentunya kena tidur ruang tamu. since kami membesar sama2 dan rumah sebelah menyebelah dari kecik, dia ok je. tapi aku awal2 dah bawa comforter untuk dia. ruang tamupun ok, sofa pun ada termasuk ada internal channel, tak le teruk sangat kalau kena tidur ruang tamu. lagipun kami layan borak dan layan internet sampai jam 2-3 pagi hari tu. makanan pun banyak, seronok la borak.

keesokan harinya (sabtu) lepas subuh aku tak sambung tidur seperti kebiasaan di rumah. layan kesejukan dan kesegaran udara bersih. lepas anak2 dan bangun, kami breakfast dan kemudiannya check out awal. senang, malas nak keluar dan kemudian balik hotel untuk check out.

kami jalan2 ke ladang/taman strawbarry dan kebun bunga berhampiran. masuk yg free je. aku rasa tak perlu ke taman yg berbayar sebab pengalaman lepas membuktikan bahawa lebih kurang je, lagi berbaloi masuk yg free. malas aku nak stori lebih2, tengoklah gambar yg aku pilih. sebenarnya lebih 300 keping gambar diambik sepanjang di cameron. yang lagi syiok ialah sepupu aku yg sukarela ambik gambar kami sepanjang percutian. macam vip pulak ada jurugambar peribadi. dan macam biasa gambar jurugambar memang sangat kurang, 3-4 keping je kot. bukan aku tak offer, tapi sepupu aku tu lebih suka ambik gambar dari diambil gambar.












IZZI ADVERTIZING-------------------------------------

2 comments:

Anonymous said...

kenapa semua pink? adakah latihan mempinkkan mereka? haha

dah membsar anak bongsu hang

Mak Su said...

eh, sempat gi cameron? tak tunggu cuti raya cina?