Friday, January 22, 2010

Lagu Wings Versi Jawa

aku rasa dah masuk 2 minggu aku ber'facebook'. dalam menambah kawan baru yg terdiri dari kawan blogger, mailing list hinggalah kawan yg langsung aku tak kenal rupa. aku terima dengan senang hati. paling aku gembira sangat ialah pertemuan dengan kawan2 masa di sekolah menengah padang saujana, jerantut. apatah lagi saat masa duduk asrama putra tu. ajak, hambali, syambert, mahadir jaafar, vicky antara orang yg aku dah jumpa. mahadir jaafar aku rindu sangat nak borak2 macam dulu. ko lah satu2nya kawan rapat sekelas dari darjah satu di sekolah kebangsaan damak, sekolah menengah damak, sekolah menengah padang saujana, dan akhirnya sama sekelas lagi di tingkatan enam masa di sekolah menengah jerantut. dan aku rasa memang menjadi impian ayah aku ayah ko kita sama2 melanjutkan pelajaran ke universiti. sayangnya ko berpaling tadah dan enggan mengisi borang upu sebaliknya mengisi borang perguruan tanpa pengetahuan aku. ko kijam mahadzir! apa nak buat, takdir tentukan segalanya.

apa tajuk aku tadi, teremosi sikit. tu lah, rindu kawan2 lama sebenarnya. makwe lama? tak rindu langsung. just memori dulu2 je, sekadar pengalaman hidup. no turning back. oh ya... aku nak cerita pasal memori kat asrama putera smps sebenarnya. saat paling aku rindu sangat dengan member2 ialah masa mandi manda. aku masih ingat masa tu lagu wings berjudul 'bernafas dalam lumpur' dengan famous amos. lepas xtvt bermain bola, bercucuk tanam, atau lepak2, kita mandi sama2. dengan bilik mandi yg terhad, dan orang yg ramai, penuh bilik air tu. sambil2 mandi, ajak (razak) biasanya akan mula menyanyi lagu bernafas dalam lumpur tu. bunyian lagu beramai2 dalam nada yang sungguh harmoni dan disulami dengan muzik2 iringan. ye lah, ada menyanyi sambil mandi, ada sambil gosok gigi, ada sambil kentut, dan tak kurang juga sambil meneran dalam jamban. wah... best sungguh lagu tu. yg lagi aku ingat ialah kita nyanyi lagu tu dalam lagu original soundtrack, kemudian ada chorus dalam bahasa tamil oleh vicky, chorus versi jawa dari samsudin jawa, mat bomba (nazri) buat versi ulu tembeling dia, aku buat versi kelantan teganu, entah mamat mana nyanyi versi cina, kesimpulannya memang bestlah!

even sekarang kita semua dah keluar dari kepompong persekolahan, dah ada keluarga dan sebagainya; its good to see all of u again buddy. kalau ada kesempatan nanti, aku nak sangat jumpa geng2 lama kita semula. nak aku peluk korang untuk lepaskan rindu, dan kemudian sepak bontot korang sekor2 sebab masing2 lost contact.

untuk kenangan itu, dengarlah lagu wings versi original ini. kalau ada antara kawan2 yg terlibat sama dalam kes nyanyi dalam jamban kat smps tu, korang nyanyilah macam kita nyanyi dulu.


5 comments:

Che' Pit said...

mmg kenangan masa kat asrama dulu sukar dilupakan.. suka duka.. bila dah besar2 ni, bila terkenang balik, boleh buat kita senyum simpul sorg2..

tapi tulah, benda yg sama gak, lost contact

suriani said...

a ah ye.. mana pegi semua kawan2 sek men aku dulu ek.. kat fesbuk pun takde jumpa dorang..

suzieapai said...

facebook mmg buat aku tergelak sorg2...jumpa kwn lamer2..hrpkan nk col, sumer sunyi sepi...

Mak Su said...

hihihi, pelbagai versi

Anonymous said...

Hello everyone!
I would like to burn a theme at this forum. There is such a nicey, called HYIP, or High Yield Investment Program. It reminds of financial piramyde, but in rare cases one may happen to meet a company that really pays up to 2% daily not on invested money, but from real profits.

For quite a long time, I earn money with the help of these programs.
I don't have problems with money now, but there are heights that must be conquered . I get now up to 2G a day , and I started with funny 500 bucks.
Right now, I managed to catch a guaranteed variant to make a sharp rise . Visit my blog to get additional info.

http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]