sekarang ni disana sini orang bercerita pasal kenaikan harga gula bermula 01 januari 2010. rata2 juga kita dengar dalam tivi ramai orang yg ditemubual kata "ala dua posen je, masih mampu beli gula", "harga gula dimalaysia ni masih murah berbanding di uganda selatan", " memang wajar harga gula dinaikan lagi sebab ia memudaratkan, buleh kencing manis" dan banyak komen lagilah.
pada aku 20 sen juga adalah suatu nilai yg agak besar kesannya. pedulikan apa orang gomen cakap bagi menyokong boss mereka naikkan harga gula. kalau takut ramai rakyat kena kencing manis sebab gula murah, naikkanlah harga gula sampai rm20 sekilo.takat 20 sen apalah sangat, lagipun ramai yg suka minum manis2 ni pun jenis yang banyak duit, taruk gula dalam teh mau 3-4 sudu. orang miskin minum teh o' kurang manis je.
dalam kenaikan harga gula aku tak salahkan gomen sebenarnya. nak salahkan umno dan bn lagilah aku tak fikir sebegitu kijam. pada aku harga gula dan semua barang ditetapkan oleh pasaran kapitalis ( dan sebahagiannya oleh kuasa monopoli). kalau pas, dap atau keadilan memerintahpun, akan ada harga barang yg akan naik. letaklah apa saje nama untuk merialisasikan kenaikan harga seperti harga indek pengguna meningkat, kadar inflasi, bekalan bahan mentah dunia merosot, faktor cuaca dan sebagainya; apa aku ia adalah suatu alasan untuk menaikan harga. lagi aku benci ialah ada pihak yg selalu katakan bahawa walaupun harga dinaikkan, ia masih terlalu rendah berbanding harga barangan sama di negara lain. bandingkan harga, dan bandingkan gaji jugak la wei...! ni mesti ekonomi asas tingkatan enam anggur dulu failed!
ada kawan aku yg cakap "ala 20 je je". tapi lepas beberapa hari dia yg mengeluh. apa taknya, kuih muih dah naik harga dari 40 sen sebiji ke 45 sen sebiji. teh kat kedai mamak dah naik seposen. nasi lemak kosong naik lagi 20 sen. pengasuh anak mintak naikkan upah mengasuh lagi rm50 sebulan. isteri mula kata apek jual ikan dengan van dah jual ikan agak mahal walaupun nampak dah ikan pecah perut. sewa rumah tuan rumah berkira2 nak naikan sewa.
lagi best dah ada pekerja yg tanya ada tak company nak naikkan gaji sebab harga barang dah naik. dengar2 harga petrol akan naik lagi 15/01/2010 (ye ke?). lagi hebat kat merata2 dah kedengarkan juak2 bukan bn menjaja nasihat untuk menolak gomen pada pilihanraya akan datang. tapi tak terkejut ke nanti kerana 20 sen kerajaan tumbang? aku? aku bukan ahli mana2 parti, aku akan pangkah siapa yg aku suka dan rasa akan membawa kemajuan kepada masyarakat. melayu cina india asli atau negrito calonnya aku tak heran, asal membawa suara masyarakat ke parlimen atau dun dah kira baik. isu2 tu biarlah bertempat, ni bising2 pasal kopi janda dan potong; tapi alih2 menikah muda.
IZZI ADVERTIZING--------------------------------
6 comments:
Aku setuju tu. Naik 20 je pu. Tak logik langsung teh secawan naik sepuluh sen. Nampak sgt ambik kesempatan. Nak senangkan cite, makan kat kedai bila perlu sahaja. Lagi bagus makan kat umah ngan famili....
je..??impak nya besar wlpun hnya 20sen JE??!!huhuu...even chik yg blom kawin ni pn mmg terasa 20sen tu JE..??huhuu
haah..kerana 20 sen je.. tu le abis suma harga barang lain melonjak sama...yang menanggungnya kita jugak rakyat marhaein ni....nasib!nasib!
sepatutnya gaji pun patut naik !!
memang terasa sangat-sangat didahulukan sekarang...huhuhu :(
semua kita tanggung dahulu kah?
tak pernah nak turun..naik je kejenyaa
ko nak menikah muda ker man? haha
Post a Comment