Alhamdulillah, hari semalam (ahad, 24/1/10), ajakan kawan aku si limbong nak jumpa melalui facebook akhirnya membawa kepada perjumpaan dengan beberapa kawan rapat yg lain. walaupun masing2 ada pelbagai komitment, akhirnya semua yg janji nak datang, akhirnya datang.
pergh! memang shahdu. akhirnya dapat jumpa balik kawan2 yg dah lama tak jumpa. ada yg dah 10 tahun tak jumpa sejak tinggalkan uum dulu. selain aku dan limbong, kawan2 lain yg sudi hadir ialah rasyid, sham @ shahidan dan shahrunizam @ karamjit.
biarpun tak banyak imbauan jaman uum dulu dapat kat nostalgiakan, tapi bila bercerita bab buat assignment last minit, salin @ photocopy nota kuliah kawan2 bila nak exam, seronok pulak. tak sangka 3 dari kami dah jadi pegawai tinggi kerajaan, kat putrajaya lagi. yg kerja swasta cuma aku dan limbong.
kenangan dari group masa di uum yg masih melekat tentang group ni ialah nama panggilan masing2. limbong adalah gelaran nasionalis melayu terengganu buat sahabat kami yg bernama hairulnizam bin abdul rahman. nama tu melekat sampai kini, even untuk nama komersial blognya juga.
shamsuhaimi, kami lebih gemar panggil sham atau shahidan. ala sempena nama shahidan kasiim, mb perlis dulu. dia orang perlis dan gemar dan banyak bercakap pasal politik. rasyid, kami panggil shid je, nak nama laik tak jumpa cari. manakala shahrunnizam, kami lebih suka panggil zam atau karamjit (jit). dia taqk de kena mengena dengan darah kacukan india. kami bagi nama karamjit sebab dia kalau bagi steering kereta, bawa memang laju.
yang lain yg rapat tapi jauh di pedalaman afrika barat termasuklah hardy rose, roslan dan ganthy. hardy @ ady ady @ dayak, masih tak mau keluar dari negeri ngap ayut dia tu. ko kerja company balak ye sekarang. bagilah aku balak 2-3 batang kalau datang semenanjung nanti ye. roslan @ lang @ penyu, mmg lost contact. askar wataniah tak cukup tinggi ni dari dulu memang jenis tak banyak cakap dan dialah yg sering dipermainkan kalau kami berjumpa. dengar kata masih tak mau keluar dari teganu. ko jadi tokey telor penyu ke lang? atau mu bowok bot orghang gi pulau kapah? ganthy @ mahatma gandhi pun katanya tak mau keluar dari johor. dulu katanya kerja kat singapore sebab gajinya mahal. dia ni alim sikit, dulu ada satu line kat dahi, sekarang dah 3 kot. alim la katakan.
oklah, itu cerita dulu2. sekarang masing2 dah berkerjaya dan berkeluarga. rata2 dah ada anak 2-3 orang. aku cuma harap perjumpaan selepas 10 tahun ni dapat jadi pertemuan yg lebih kerap, contohnya 2-3 bulan sekali. kalau susah nak jumpa sekeraap itupun, janganlah lepas 10 tahun berikutnya dapat kita berjumpa lagi. ni gambar kenangan perjumpaan semalam. perangai masing2 masih sama. yang berbeza cuma "dulu kempis, sekarang kembang".
2 comments:
kembang tanda bahagia.. ehehe
keadaan ini memang biasa - bukannya luarbiasa...tatau la apa sebabnya...boleh buat kajian ni...
biarlah jadi macamana pun - yang penting sihat kesihatanye..bukan sihat badan tu! kadang2 ade jugak yang kembang2 ni kot2 ade penyakit kembar 3 ke...ha ha parah la tu...
Post a Comment