cuti adalah hari yg ditunggu oleh anak2. mereka tau ayah mereka akan bawa mereka gi shopping dan jalan2. ayah mereka biasanya akan mengikut sahaja apa permintaan mereka. biarlah, selagi termampu, ikut je lah. anak2kan harta benda yg paling bernilai.
luqman dan pika memang berlainan karekter. luqman lebih pendiam dan pemalu. ikut aku barangkali, pendiam dan pemalu, baik hati, setia, mudah senyum dan sebagainya (jangan muntah ye). manakala pika lebih cerewet, banyak bercakap dan terlalu aktif. kedua2 mereka ni selalunya sangat rapat bermain sama2, tapi bila ada yg tak kena.... mulalah bergaduh dan akhirnya ada yg menangis. kadang2 tu aku aje biarkan mereka bergaduh. gaduh kejab je, lepas tu berbaik2 semula. budak2. itulah bagusnya budak2, bergaduh macam nak kiamat dunia, tapi kejab je berbaik. malah pergaduhan sebelumnya seolah2 tidak pernah berlaku. tapi bergaduh orang dewasa? gaduh sikit je, kadang2 tu sebab berebut jantan je, tapi bergaduh sampai 3 keturunan.
cuma yg belum berjaya aku lakukan ialah menjadikan panggilan along atau abang luqman oleh pika. asyik2 dipanggilnya si abang sebagai 'luqman' sahaja. susah betul nak lekat panggilan along atau abang luqman. may be salah kami jugak sebab tak panggil luqman dengan panggilan yg sesuai menyebabkan pika pun memanggilnya begiitu juga. malah masa kami mengajarnya memanggil abangnya sebagai along atau abang luqman, kedua2nya pelik. malah luqman siap bertanya "kenapa luqman kena tukar nama pulak?".
apa2pun, aku sentiasa bangga dan sayang anak2 aku. ayah sayang kamu semua.
IZZI ADVERTIZING-----------------------------------
11 comments:
kat umah tu
ada
kakak
kak ngah
kak lang
dan
nurin
tak sedap kalo pika panggil lukman je kan, kalo panggil abang kira ok dah.
hehehe, susah nak explain
ahaha
susah bro nak explain
lama2 nanti die paham la kenapa kena pggil along
hehehe
erk888.blogspot.com
dizisgude.blogspot.com
pB,
betul... nama pangkat dlm keluarga kena kekalkan. tgh diusahakan. payah juge ye..
julietchun,
mmg janggal sebenarnya sebab anak2 panggil nama masing2. tgh practice
maksu,
mmg payah. fening...
deusXmachina®,
dah t/jwn, susah2 pun ken ajak.
tq bro singgah sini. lawatan balas sudah pasti.
punya taip panjang2 last2 'page error'!hampes..
apa2 pun kalo mak ayah dia pggl dorg dgn gelaran tu nnt lama2 dorg ngikut la kot...(ni nasihat org yg blum ber'anak')hehe
mak ayah kita xajar kita adik bradik guna gelaran...so,kita2 guna nama je,tp dorg ajar n kasi faham 'respect' antara adik bradik..so,xjadi masalah la dgn gelaran2 ni rasanya
Wokey... aku ng tips yea? sblm ko suruh pika panggil, hang n isteri kena use word `Abang' utk Lokman. LamaX2 Pika akn ikut, tak caye...?
ko pasan tak ms dpt anak sorang dedolu... maybe ko panggil wife ko sayang (ye ker?), darling ker.. (ewaahh..), pastu si Lokman br bajar ckp... die ikut apa yg ko panggil. Ye dak??? hehehe...
(that's why aku takleh panggil Yang or Ling depan 3A...) Kami bahasakan Demo-Kawe (ore Kelate ler...)
hmm bila ada adik, tukar panggilan adik beradik..
along - angah - uda - achik - ucu..
tapi sejak kecik dah panggil..
angah - kakci
uda - kukde
so susah nak tukar.. rasa janggal nak panggil angah atau uda..
cuma adik yg betul2 folo.. tupun sbb dia mula2 kenal kami dgn nama tu
Post a Comment