Friday, January 29, 2010

Bercuti Di Cameron Highland

hari ni (29/1/2010) aku ambik cuti dengan short notice sebab adik aku datang dari kuantan ke rumah aku. since dah datang, tiba2 terpikir idea nak bercuti sama. tahun lepas keluarga aku dan adik aku bercuti di melaka. pastu sebelum puasa lepas kami gi genting highland, so hari ni kami rasa nak gi cameron highland pulak.

mula2 tu ingat ni satu kereta je, jimat minyak dan lain2 kos. tapi memandangkan soal keselesaan dan keselamatan, kami gi 2 kereta la. teringat sepupu aku yg doq putrajaya pun tak pernah sampai cameron, aku ajak gi sekali. pucuk dicita ulam petai mendatang, dia setuju. kebetulan dia bercuti panjang hingga minggu depan.

bercerita tentang cmeron highland ni, aku memang tak serik datang lagi sebenarnya, even ada kes seram yang menimpa kami pada tahun lepas. kes seram ape? malas nak cerita, kalau korang berminat atau bizi body macam aku, korang bacalah kisah tu kat sini http://izzi-income.blogspot.com/2009/03/cerita-hantu-dari-cameron-highland.html

selepas jemput sepupu aku di putrajaya, kami terus ke CH. sebab kali ni kami tak book mana2 hotel, aku redah je hotel area brinchang jugak, senang nak kemana2 dari brinchang ni. hari ni tak banyak tempat kami pergi, yang utama cuma pasar malam brincang. pasar malam sini aku suka, sebab memang aku suka la. dah datang jauh beribu2 batu ni, tak kan nak lepaskan peluang membeli strawberi, teh, buah, sayur dan sebagainya dengan harga yg berganda lebih murah dari membelinya di kilang teh atau dari pekebun. itu hasil rumusan aku dari trip pertama aku ke sini tahun lepas.









macam2 kami borong kat pasar malam tu. teh perisa strawbarry, oren, blackberi rasanya lebih 16 kotak aku beli. ala rm5 je sekotak. bukan senang nak jumpa jenis ni kat luar CH, yang ada berperisa cuma 'ahmed tea' je. strawberry aku minta sepupu aku belikan, tangan aku dah penuh, kalau beli berkumpulan ni murah sikit. untuk kenangan, belilah sikit key chain, fridge magnet dan baju CH untuk anak2. cuma yang tak sangka ialah kami pekena durian di CH.



rasanya beberapa kali jugak aku hantar barang ke kereta, penuh tangan kiri kanan dan beg sandang beb! hantar dulu la, sebab masih syiok berborong sakan. lepas hantar kelaurga ke bilik hotel dan solat maghrib; aku, adik aku dan sepupu aku turun semula ke pasar malam. tak puas lagi berborong walaupun aku belum gaji. err... nak membeli sedikit barang lagi dan membeli juadah makan malam. rugi woo kalau datang CH tak cuma kesedapan dan kerangupan udang goreng, kerang goreng, asparagus goreng, jagung bakar, strawberi celup coklat, ais krim strawberi dan pelbagai lagi. lepas beli nasi dan segala juadah, kami balik bilik la, cuaca yang sejuk ni membuat aku cepat lapar.

lepas makan kami borak2, dan sekarang semua dah tidur. yang belum tidur cuma aku, isteri dan anak kecil kami. layan hbo sambil aku layan blog dan facebook. xtvt esok masih belum dibincangkan, tapi aku dah ada pengalaman sebelum ni, tak kisah sangatlah. yang wajib pegi rasanya ialah tengok ladang kaktus dan bunga. memetik strawberi terus dari pokok dan cari madu untuk isteri aku. err.. maksud aku madu lebah asli.


IZZI ADVERTIZING----------------------------

8 comments:

eeeda said...

Wah bercuti sakan nampak.... tu imran ke??? lama betul tak tengok dia.. lepas SPM tak pernah jumpa...

Che' Pit said...

cameron highland? hmm baru je bercadang nak bercuti ke sana lagi 2 minggu sebelum CNY

adie said...

dah pergi dah itu hari tapi bila baca n3 ni rasa nak pergi lagi plak.adeh.

izman said...

eeeda,
ye mmg tu imran. baru ni kami ada balik damak.

izman said...

che pit,
memang bestkan. ni pun rasa nak gi lagi.

izman said...

mr penyu biru,
pegi jangan tak pegi. sokonglah industri pelancongan kita

sonata anak kancil said...

dah pegi last year...nak gi lagi la...best! tengoklah bila masa ade....

idasm said...

bestnyer pasar malam ni. mcm2 ada. ada rezeki nak pergi jugaklah.