Friday, January 15, 2010

Bersama Tokmat : Belajar Tanam Ubi Kayu

macam agak ramai yg dah tau, aku baru seminggu daftar facebook. biasalah lewat sikit, pentium 3 lagi. dan alhamdulillah dalam seminggu je dah 103 kawan dah berjaya dikumpulkan. ia termasuklah rakan sekelas masa sekolah, universitas, sekampung, setempat kerja, rakan2 blogger dan kawan2 baru. terima kasih.

sebut pasal ramainya rakan sekerja, bekas rakan sekerja dan ramai juga pekerja dah add aku sebagai rakan fb, akupun rasa malu. rupanya dah lama mereka join. bila mereka sebut farmville la, itu lah, inilah.... memang aku tak faham, aku failed la. lagi best, hari ni aku main sms dengan akak aku dan aku mintak akaun fb salah seorang kawan lama aku yg kerja setempat dengan akak aku, aku aku bagi dan suruh aku add nama dia sekali. errr... aku siap tanya "akak ada akaun facebook ke?". selamba akak aku jawab "ye la.. ko ingat aku dah ketinggalan zaman ke. aku dah lama ada la..". fuyyoh.... hebat la akak aku berbanding adik dia ni yg siang malam menghadap komputer ni.

bercerita kisah akak aku, teringat pulak dah lama aku tak buat kisah bersama tok mat. kisahnya banyak lagi, kadang2 malas nak start menaip. aku freshkan memori balik, aku buat kisah pendek je dulu....

masa kecik, aku tinggal di kampung. dan sebagai budak kampung dan tinggal dengan datuk nenek, banyaklah aku kena tolong mereka. dari jaga lembu, menebas, kutip getah buku setiap hari minggu hinggalah berkebun. aku akui, aku memang malas betul berkebun, terutama mencangkul dan bercucuk tanam.

tanah tokmat luas. dipenuhi dengan lebih 10 pokok kelapa yg tinggi melangit, serta pokok buah2an. bila kelapangan waktu, tokmat tak suka aku dan anak cucunya yg lain duduk goyang kaki, ade je nak disuruh itu dan ini. ala datuk aku ni, aku nak layan mareo attact pun kacau.

suatu petang, datuk suruh aku dan adik aku bercucuk tanam. aduii.... bosannya! datuk ajar kami buat batas, gemburkan tanah dan menanam ubi kayu. aku dan adik aku si imran tu memang suka makan ubi kayu. kalau ubi kayu dalam tanah datuk aku dah habis, ubi kayu jiran sebelahpun kami sebat. err... bukan curi, tapi ambik. tuan tanah tu duduk jauh, so aku tolong tengok2kan kebun dia. ubi kayu diapun aku tolong tengok2kan. dah besar tu, aku tolong cabut la. kalau lama2 tak cabut, nanti ubi kayu jadi kayu kayan pulak. err.. aku anggap hasil yg aku ambik tu sebagai upah la. boleh gitu?? tapi jangan salah sangka aku makan makanan haram pulak. ustaz sekolah aku dulu cakap ubi kayu tu adalah makanan halal. nak goreng ubi kayu tu, aku gunakan serbuk kunyit yg ada cop halal. garam halus pun ada tanda halal aku tengok. yg menggorengnyapun muslim, aku dan adik aku la. yg penting bila tuan tanah tu datang melawat kebun dia 3-4 bulan sekali, aku akan mintak nenek aku minta halalkan anakcucu dia makan hasil kebun tu. tuan kebun tu pun ustaz, dia halalkan. malam dia selalu pesan suruh ambik je mana berkenan, dari rosak baik jadi pahala untuk beri makan kat jiran tetangga.

opss! jauh tersasar dari jalan cerita yg lurus ni. kita sambung balik. datuk aku dengan tekun mengajar cucunya yg memang tidak berminat ini. aku nampak la agak rajin,manakala imran dan esam nampak sangat bosannya. lepas datuk ajar, kami disuruh menanam ubi kayu. benih atau keratan batang ubi kayu dah datuk sediakan, cuma buat batas dan pacak je. sebab mereka tak tumpukan perhatian masa datuk ajar, mereka tak sedar bahawa nak cacak batang ubi kayu ada caranya sebab kena perhati arah mata tunas. kedua2 adik aku tu main cucuk tanam je sesuka hati, dan arahnya menghala ke pelbagai arah. datuk aku memerhati dengan wajah bengis dan .......


pap! pap! kena sedas seorang adik2 aku tu dek libasan batang kayu yg tah dari mana dicapai oleh datuk. mencanak mereka lari. akupun lari juga, kalau tunggu, akupun kena nanti. datuk aku ni bukan buleh caya.

biarpun datuk aku garang, tapi apa yg diajar kami selama ini memang berguna. mengajar mengaji, bercucuk tanah, berdisiplin dan sebagainya menjadikan aku manusia yg berguna. Al fatihah buat datuk aku. nanti suatu hari nak jugak aku selidiki salur galur keluarga sebelah datuk yg berasal dari tanah palembang, indonesia. mana tau ada sedara mara sana yg comel2 macam bawang merah bawang putih. errr....


IZZI ADVERTIZING-------------------------------



10 comments:

Che' Pit said...

dulu2 masa belajar, friendster lah alat untuk berhubung dgn kawan2..

bila dah ada FB, dah berbulan2 tak buka frindster..

masuk FB, jumpa balik kawan2 kg, kwn sekolah, kawan asrama, kawan U, kawan kerja..

suriani said...

i pun ada fb, buleh add you ke?
ahaks.. ramai kawan, luas pandangan, katanya...kan?

best ngingatkan kisah dulu2, kan?
tanam ubi kayupun ada banyak kenangan ek..

tulah dia penangan orang tua2 kita.. kalu tak, sampai sekarang kita dok beli di pasar, tanpa tau cemana kaedah menanam, kan?

salute to your tok mat!

Mak Su said...

kah kah kah.....

Unknown said...

aku ada myspace, FB, Fster, tagged dan segala bagai lagi... tapi ak bukak pun... hehehe

deus X machina said...

dh mcm2 laman sosial
tapi penangan fb ni memang tul2 dahsyat
time belajar dulu, lecturer pun addict tul dengan fb...
erk888

erk888.blogspot.com

izman said...

che' pit,
betul tu, jumpa kawan lama kadang2 tgk pun tak kenal, masing2 dah byk berubah terutama bab saiz badan.

izman said...

umi ameer,
nak add saya? sangat2 dialukan.

belajar tak semestinya di sekolah kan. thats life all about

izman said...

mak su,
layan je maksu

izman said...

shifu67,
semua ada tu bang. sesekali kena bukak jugak, mana tau ada kawan hantar mesej

izman said...

deusXmachina®,
aku belum addicted lagi, masih belajar lagi la fb ni. cuma malas nak terjebak main games dia buat masa sekarang ni.