Monday, September 14, 2015

Sebungkus Megi, Sebuah Cinta.

Sebungkus megi, sebuah cinta.
Memang rutin aku bangun awal pagi, dan seperti biasa perut juga minta diisi.
Roti, biskut, pisang dan choki choki menjadi alas perut. kadang-kala megi (baca : mi segera) juga menjadi menunya.
Ya, aku tau ramai akan berkata, megi tak baik untuk kesihatan. Aku sangat faham. 3 kali aku baca jurnal tentang keburukan megi seketika dahulu. Malah bertahun juga aku menjauhinya.
Mendengar ceramah pemilik kilang megi jenama lokal semasa kursus dr azizan osman, rupanya yang bahaya itu cuma lilin makanan yang diguna agar mi tidak melekat. Sebelum masak mi, rebus mi dan buang air pertamanya. Senang bukan!
Perasa lagi bahaya la. Adoi.. di dunia hari ini semua makanan kita makan termasuk kita masak dirumah, kita dah tabur racun/ toksin di dalamnya. Manakan tidak.. kita nak sayur tak dimakan ulat, buah yang berkilat, aneka sos dan serbuk perencah segera. Semua tu racun pembunuh jangka panjang.
Aku tabik pencipta megi, kerananya ramai budak hostel/kampus mampu meneruskan hidup untuk belajar (baca: main karom, terup, movie), Ada keluarga miskin terisi perutnya dan ada orang mampu terus bekerja hingga gaji berikutnya.
Untuk aku?
Perut dah kenyang selepas makan megi, aku boleh sambung menulis. Siapa tahu sebuah karya agung bakal lahir.
Atau, seorang bayi bakal lahir. Ye lah, tenaga dah dicaj, dan anak-anak sedang lena.
Mmm.....

No comments: