Tuesday, September 1, 2015

Kedekut.

kedekut.
ya, aku mengaku aku agak kedekut berbelanja kerana aku bukan dilahirkan didalam dulang emas. ditambah lagi dengan aku seorang yang menyara keluarga sedangkan isteri suri rumah sepenuh masa.
jadi, aku merancang belanja dan menghadkan kepada yang perlu dan tidak mementingkan jenama.
ok la... aku mengaku aku juga boros dalam berbelanja untuk keperluan anak-anak dan hobi, tapi itu bukan 'point' cerita aku kali ini. jadi itu kita cerita hari lain.
semalam, aku dan keluarga ke pasaraya untuk membeli barangan dapur. memang rutin mingguan.
isteri memilih barangan basah dan sayur sementara aku melayan anak-anak memilih barangan kering. isteri awal-awal telah memesan agar dibelikan pencuci pinggan axion.
ya, aku memang tak lupa. dan aku membelinya bersama barangan lain.
malam itu sedang asyik menonton tivi, aku dengar isteri membebel. aku buat tak tahu. heh.. perempuan mana yang tidak membebel di dalam planet bumi ini, jadi aku biarkan.
apabila bebelan dari jauh tidak diendahkan, isteri membebel disebelah aku pula. aduyai!
" abang ni kedekut betul, ayang suruh beli axion dia beli 'no name', susah la nak basuh pinggan", bebelnya betul-betul disebelah kiri telinga aku. sakitnya medula oblongata aku bila mendengarnya.
" kan dah beli tadi. 'axion'ke,'no name'ke, sama je, guna untuk basuh pinggan je. axion dulu pun no name jugak. lagipun harganya jauh sangat beza. axion 300 gram harga RM4.60. yang no name tu 400 gram harganya Rm2.40. jauh beza tu", balas ku pula.
'no name tu langsung tak ada buih, penat tau nak hilangkan minyak masa basuh pinggan', rungutnya lagi.
'oklah, guna yang tu sampai habis, tak baik membazir. lain kali kita beli axion', pujukku lagi.
"Penat tau', rajuknya.
"takpe, anak-nak tidur nanti abang urut".
Mmm.. pagi tadi aku lewat lagi.

No comments: