Makanan di mulut bukan rezeki perut.
aku teringat whatsapps seorang sahabat mengenai buku aku 'Jangan Sentap, Okey!'. Tulisnya, "Man, aku rasa buku kau tu biasa-biasa sahaja, tapi pelik jugak ye sebab boleh sampai cetakan kedua dan dapat sambutan".
Aku tidak berprejudis kepadanya, biarpun semasa itu didalam hati aku agak terasa dengan kenyataannya itu. Biarlah, semua orang ada persepsi yang berbeza.
Aku sekadar menyatakan padanya bahawa memang pada masa sekarang ramai sangat orang yang hebat menulis buku yang hebat-hebat juga. Namun ada segelintir pembaca yang suka membaca kisah biasa-biasa yang ditulis orang yang biasa-biasa juga. kisah mereka ini lebih santai dan ikhlas daripada hati. Perbualan itu terhenti begitu sahaja, mungkin kerana aku tidak 'defensive', dia juga tidak cenderung untuk menggasak aku lagi. Kisah tamat.
Aku teringat pula kisah pagi kelmarin. seperti biasa aku membeli sarapan dan kemudiannya akan makan di pejabat. jimat belanja.
pagi itu, aku membeli nasi kerabu dengan daging bakar, harganya RM5.00 sahaja. sudah lama aku mengidamnya.
Aku mengalas meja dengan kertas surat khabar dan membuka bungkusan dengan cermat. Mmm... aroma budu menerobos rongga hidung sehingga ke medula oblongata.
Aku menggaul nasi kerabu bersama ulam-ulaman dan daging bakar tersebut sehingga sekata. Air liur telah bergenang di dalam mulut.
selepas membaca doa makan, aku menyuapnya ke mulut, menggunakan sudu.
Mmm.... sedapnya!
Aku menutup mata sambil menikmati kelazatan nasi kerabu itu dengan mengunyahnya perlahan-lahan. Nasi birunya cukup masak, budunya cukup masin bercampur manis 'nisan kerek' yang dimasak, ulam-ulam diadun secukupnya dan kelapa goreng sempurna. Daging pula dibakar sekata dengan teksturnya masih lembut dan bersari. ia beroleh 4/5 bintang.
Apabila aku membuka mata, aku terpandang seekor lipas yang sederhana besarnya mati bergelimpangan didalam nasi dihadapan aku. Bersembur nasi didalam mulut sebelum sempat ia masuk ke kerongkong.
Aku membungkus semula nasi itu dan ianya akan menjadi habuan kucing-kucing gelandangan di kilang aku nanti.
Sambil bersandar, aku insaf bahawa walaupun nasi itu telah dimulut, jika Allah tidak izinkan, ia tidak mungkin akan turun ke perut. Sama jugalah dengan kisah pertama diatas, jika Allah mengkehendaki, buku aku yang dianggap biasa-biasa itu boleh jadi luar biasa.
Bagi yang membenci, ia cuma sebuah buku dikelompok jutaan buku. Namun, bagi yang diberi ilham oleh Allah, buku itu boleh jadi pencetus kepada kehidupan yang lebih baik. Insyaallah!.
Lamunanku terhenti apabila satu suara menegurku, "Anne, ini anne punya nasi lemak sama telur goyang, sama teh tarik kurang manis". aku membetulkan kedudukan badan yang tadi bersandar kepada menunduk. aku membaca doa dan mula makan. nasi kerabu tadi tak makan, jadi aku terpaksa makan di kedai mamak. lapar la...

No comments:
Post a Comment