semalam (24/9/08), lagi sekali buat tarawih 8 rakaat pasal nak gi tesco untuk membeli sedikit keperluan rumah. abis terawih dalam jam 920pm, so bergegas ke tesco klang yg jaraknya dekat je dari rumah aku. tesco macam biasa tak crowded dan selesa untuk membeli belah. masa lalu kat cosway dalam tecso, luqman mintak coklat cadbury. since checking sebelum ni cadbury bukan dalam senarai produk china aku beli jugak la.
masuk tesco agak meriah dengan stok pakaian raya. pakaian raya biasanya kami bli kat jusco atau the store. untuk anak2, biasalah mereka akan dapat kiko dan kiki lala. disamping tu dapat juga pakaian jenama anakku untuk berlasakan dihari raya. biasanya 4 pasang je aku mampu beli untuk anak2. untuk aku biasanya beli kat reject shop atau factory outlet sale (FOS). budget dah abis untuk anak2 dan keperluan lain termasuk servis kereta, duit raya dan sebagainya. jadi aku kena mengalah la. beli yg murah2 je. tiap2 tahun yg confirm beli untuk aku ialah t'shirt. seluar may be last minit cari kat bundle je. then beli kain pelekat dan sehelai kemeja. untuk papa dan mama serta adik aku, aku tengah pikir nak beli apa. asyik2 tudung, selendang, kemeja, t'shirt, kain pelekat je tiap2 tahun. apa kata aku beli tuxedo set pulak! mau kena halau aku dari rumah.
namun untuk malam tadi, seronok ada banyak pilihan seluan jenis cargo pants, so aku sambar sehelai. sesuai untuk gi mancing nanti. nak beli cargo pants jenama camel trophy, tak mampu la pulak. beli yg murah2 je la. ikut kemampuan. tak sempat nak terjah lain2 tempat sebab luqman nak kencing. kalau luqman sebut je nak kencing si adik pun mesti nak kencing jugak. sebab dua2 dah tak pakai drypers, aku ambik keputusan terus keluar je. malas la nak bawak turun gi tandas dan naik balik. lagipun dah dekat jam 11pm. so, dapatlah kat aku seluar utk mancing dan spender raya jenama hush puppies.
on the way balik perut mula menyanyi lagi rock. lapar la tu. so, sepakat semua nak makan burger. so, kami pusing satu taman, hampeh betul sorang pun tak meniaga. semua tunggu malam lailatul qadar kot. biasanya kat taman aku sahaja ada 7 orang jual burger setiap malam. ni sorang pun tak de. tak puas hati aku pusing kawasan berhampiran yg biasa aku tau ada jual burger. pun tak de. aku rasa dekat 20km aku pusing. ingat nak gi KFC atau McD port klang, tapi anak2 dah lena dan wife pun dah tak de selera nak makan. aku pun berhenti kat restoran india beli roti nan. kebetulan kuah ayam wife aku masak berbuka tadi banyak lagi, sebab dia saje spare utk aku lepas tarawih. balik rumah, siapkan tidur anak2. dan aku pekena roti naan. kemudian layan movie jab. dan tido la...
aku tido lewat takpe, nanti jam 5am gerenti bini aku kejut sahur. wife aku jam 4am dah bangun masak dan basuh pakaian. sian wife akukan! pengorbanan seorang isteri mithali. tu yang aku makin sayang kat dia. makin sayang, makin sayang.... nanti pika dapat adik baru pulak (belum lagi weiiii!).
8 comments:
hahaah budget jgn x budget izman...jg lepas raya kemasai kemarau!!
tirai hidup,
betul tu, kena berjimat cermat. kang lepas raya hari2 makan megi dan telur.
selamat hari raya
Salam Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin.
Dari kami sekeluarga.
bagusss... berjimat cermat amalan mulia. Nak-nak zaman brgX2 mahal nie. Aku byk gak belanje thn nie... tup! tup! lepaih raye ni aku tak tau camaner... sedey! hu..hu..
kita pun byk melaram ngan baju bundle jer, apa nak buat. ikut kemapuan
cendawanintim,
selamat hari-hari, termasuk di hari raya.
nur a.k.a admansyah,
ha.3x. akupun masa shopping mmg lupa diri kadang2 tu. tapi aku dah standby megi dua kotak utk makan lepas raya sementara tunggu gaji.
mak su,
baju bundle? baju bundle lagi mahal mak su oi....
Post a Comment