Alhamdulillah ibadah puasa aku walaupun sibuk ngan kerja dan audit (belum turn aku, tapi kena update filing) adalah memuaskan. untuk berbuka semalam, aku cuma belikan sedikit kuih butir durian (puteri mandi?), pengat pisang dan roti john. cukuplah tu. roti john aku habiskan selepas solat terawih.
mcm biasa solat terawih aku buat di masjid berhampiran. mulanya ingat nak tukar lokasi ke tempat lain, tapi malas pulak. jemaah pada awal hingga rakaat ke 8 mcm biasa ramai gile, lepas tu tinggal 3-4 baris je. sementara masih larat dan dilapangkan masa oleh Allah ni, aku cuba buat sehabis baik. Ramadhan cuma sebulan, dan kita tak akan dapat gantinya sepertinya sampai kiamat.
selepas terawih biasanya ada makan atau disebut moreh. aku biasanya cuma ambil sebiji kuih dan balik. air ke makanan lain aku tak makan. malas nak berebut. cuma yg aku tak berkenan ialah cara kita makan. disebelah pagi hingga terawih, kita beribadat. tapi masa moreh kita lupakan Allah. hampir majoritinya makan sambil berdiri; termasuk yg lebai2. yg jahil mcm aku tak payah ceritalah.
Ok, cukuplah pasal tu. di ramadhan ni aku teringat balik kisah aku dan kawan2 berkaitan puasa yg aku nak share.
senario :
Bertempat di Sekolah Kebangsaan Damak, Jerantut, Pahang Darul Makmur.Semasa persekolahan la. Masa belajar pelajaran agama Islam. Aku dah lupa nama ustaz ni. kami belajar tentang puasa termasuk niat puasa, perkara membatalkan puasa, niat solat terawih dan sebagainya. Aku darjah berapa aku lupa la...
Gambar hiasan : Aku bersama kawan masa menuntut di Sekolah Kebangsaan Damak.
memandangkan masa dolu2 kami belajar dalam grouping seramai 4-5 orang, jadi adalah kawan2 yang buat lawak berkaitan niat puasa dan niat sembahyang terawih. Niat mengarut tu berbunyi begini:-
" Nawaitu sam bogo, ambik timbo wat gi telago, bowok pok dogo, baru lepah belago"
"Usalli sonnatan tupat tigo bucu, cicah nisan, Allah sedapnyo"
Terjemahan bahasa Melayu : "Sengaja aku sembahyang sunat, dapat makan ketupat pulut yang ada bucu tiga, dapat pulak cicah dengan manisan, memang sedapnya"
masa kami melawak tu mula2 diam2, tapi bila ustaz dah keluar kelas kawan aku tu tak silap nama norliman badrul sengaja baca niat tarawih main2 secara kuat dan seluruh kelas ketawa. Dah Allah nak tunjuk, ustaz tersebut sebenarnya tertinggal barang dan masuk balik, ustaz dengar menda tu. dan, jeng, jeng, jeng. makan pelempangla kawan aku tu. aku tak kena masa tu (masa tu tak kena, masa lain aku kena lagi kuat pasal selalu jd ketua).
Moral of the story:-
1) jangan main2 kan ayat Allah. Allah murka.
2) Kalau nak makan ke minum, duduk. Mulakan dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah.
3) Apsal asal zaman sekolah dulu mesti nakal. dan apsal ada cikgu garang.
4 comments:
dahsatnyer niat uols... wakakaka, haru
mak su,
budak2 mak su. nakal + jahil. sekarang semua dah insaf. ramai dlm kelas saya tu dah jadi ustaz.
kenangan semasa sekolah... terawikh tak penah miss! kecuali la diserang penyakit bulanan... yg tuh... tak dapek la nak nolonggg...
@liyannuar,
Baguslah tu.
akupun masa duduk asrama x penah miss solat terawih, kalau miss konfirm kena rotan ngan ustaz.
Post a Comment