Hari sabtu seperti di rancang, adik ipar dan sepupu aku dtg rumah utk berbuka. sepupu aku ada bawa kawan dia sorang joint. tak de masaaloh. the more, the merrier. dalm pukul 5.30pm, akami ke bazar ramadhan tmn sri andalas. orang memang ramai. mcm biasa aku tak leh shot gambar sebab aku yg kena dukong anak dan bawa segala hasil tuaian. kerana gi ramai2 dan masing2 ikut haluan sendiri, juadah berbuka mcm nak makan 20 orang. ada nasi kerabu 2 pack, ikan bakar bersambal saiz xl sekor, ayam percik yg sekor ayam potong 4, lompat tikam 2 pack, murtabak 2 pcs, kuih biji nangka 3 packs, laksam satu pack, roti john satu, air tebu satu pack, air epal hijau satu pack, air cendul satu pack. kat rumah wife dah masak tomyam campur, ayam dan ikan serta sayur. siap buat puding campur lagi. bila hidangkan semua terkezut byk sangat. tu lah pasal. aku tak leh mkn byk sangat takut tak selesa nak gi terawih. makan sikit dulu, lepas terawih makan sikit lagi. untuk elak membazir sebelum aku gi terawih, aku mintak wife aku tapau kan menda2 yg byk tu pada sepupu dan adik ipar aku tu, boleh diorang makan kat rumah.
hari ahad (7/9/08), pagi2 razman call bagitau nak ajak berbuka. dia mintak ajak kawan kami yg tinggal di kota damansara join sekali. member ni nama wan zahari, tapi kami biasa panggil poksu. masa call dia kerja. abis kerja jam 430pm kat sea park. plan awal nak makan kat kelana seafood, tapi kerana tak pasti ia masih wujud ke tak dan belum booking sebab tiada nombor phone, kami decide makan kat bagan seafood port klang je. dekat rumah aku sikit. razman & wife nya nori dari gombak, tapi diorang nak ke shah alam dulu. so aku offerkan diri jemput poksu kat sea park. sebab aku failed jalan2 kat kelana jaya, aku mintak poksu tunggu aku kat lrt kelana jaya. poksu datang sorang sebab wife dia kerja.
then, kami semua kumpul dan bersembang kat rumah aku sampai pukul 630pm. dari rumah aku kami gerak ke bagan seafood. tak kalut apa, sebab dah booking. aku dah biasa booking, so diorang dah percaya. lambat dtg pun tak pe. ni antara gambar kat sana :-
kami ambil pakej makanan berbuka untuk 5 orang. senang sikit. kalau nak pilih sendiri, mau lepas isyakpun belum tentu dapat makan. sementara tunggu berbuka, anak2 aku mcm biasu suka main lari2 dan gi tepi laut ditepi restoran tu sesambil tengok kapal2 dan mencium bau selut yg harum semerbak.
kalau mkn kat sini berbuka, kuih muih, rojak, buah2an adalah percuma. hambik la berapa byk korang larat. so, kami pulun kuih dulu la. yg aku pelik, bila azan mangrib kat tv je, majoriti orang mula makan dengan segeranya. yg aku tau, azan tu untuk kuala lumpur, aku kat klang. beza biasanya 2 minit. hukum nya apa ye sangat bersegera berbuka sebelum masuk waktu berbuka? may be yg datang tu orang KL atau tempat lain yg berbuka sama ngan azan kat tv, tapi masa diorang datang klang, diorang boleh berbuka ikut KL jugak ke? muskil la aku....
sambil2 makan kuih berbuka, makanan yg diorder sampai satu persatu. lambat gak nak tunggu semua juadah sampai. so, makan sampai dulu, kami balun la.
dikesempatan tu kami borak2 la sambil makan. sambil2 bergurau senda. kat situ ada surau, so kami solat maghrib kat situ je la. dah kenyang kami pun berangkat pulang. poksu balik dihantar oleh razman and wife.
akhir kata, terima kasih razman dan nori atas kesudian menaja majlis berbuka kali ni. kalau berkali2 taja aku lagi suka. nak aku lebih suka lagi, kita boleh makan kat hilton atau concorde. aku sure kesukaan.
5 comments:
wah, meriah, ada sponsorship. marvellous!
wahh... syiok-nyee berbuka reramai. Terasa kemeriahan-nya!
Psl timing berbuka tur, gue pun musykil sbb dedolu gue & hubby (ms tu boyfren lagik!) kiteorg berbuka kat KLCC, dgr azan radio Johor depa dah berbuka! hang tau kan beza KL & Johor brp minit (byk ler jugak...) Terkulat-kulat kami noo...
Izman, sorry... lupa nak habaq aku dah bc TAG hang tapi takleh tinggai komen sbb `dah lama' tertinggal tren.
TAHNIAH.... ANDA ADALAH PELAJAR CEMERLANG-KU. GUE BG FULL-MARKS, OK TAK? kalau tak ok..nampak gaye-nya aku kena post Puding spesl utk student-ku ini. heh..heh..
maksu,
ha.3x. apa guna jd sahabat sejati kan. dia paksa aku buka puasa ngan dia, dia la belanja. aku terpaksa dalam rela (ye ke...).
nur a.k.a admansyah,
aku lebih suka tunggu betul2 yakin, baru berbuka. nanti tak pasai2 berpuasa cuma dapat lapar dan dahaga semata2. tunggu 2-3 minit apalah sangat.
ok ke jawapan tu? alhamdulillah. tu kali pertama aku jwb tag tu. best student tu! ingat dpt tropi ke hape, dpt puding special pun ok lah (muah.3x).
Post a Comment