Nampaknya bulan September dah nak sampai ke penghujung. tak lama lagi umat Islam akan beraya. bagi aku, bulan september ni adalah bulan yang terlalu banyak peristiwa suka duka. Salah satu yang utama ialah pada 05/09/2003 aku telah diselamatkan dari dunia kebojanan setelah mendidikan rumahtangga. apa hadiah special yg aku beri pada isteri sempena ulangtahun perkahwinan kami, biarlah rahsia. yang nyata, kasih pada isteri sentiasa bertambah tahun demi tahun.
bulan ini juga menyaksikan aku kehilangan nenek yang aku sayangi. Ia berlaku lapan hari setelah aku selamat diijabkabulkan. Aku ni diketegorikan sangat rapat dengan nenek aku. maklumlah papa dan mama aku (mak tiri) sering berpindah randah akibat kerja papa aku yg tak menentu dan datuk aku garang gile. mami (mak kandung aku) meninggal dunia masa aku darjah 2. so, dengan nenek la aku bermanja. nenek la selalu nasihat aku itu dan ini.
masa aku baru kawin, minggu pertama selepas akad nikah aku tak bawa wife aku lagi sebab rumah sewa yg bakal aku duduki masih belum dikosongkan. minggu kedua baru kosong. so, lepas kawin, 2-3 hari jugaklah aku duduk rumah bujang lagi. masa dulu kawin aku dah abis dan aku nak berangkat balik ke klang (belum bawa wife), nenek aku seperti tak nak lepaskan tangan aku. nenek asyik nasihat aku suruh jaga isteri baik2. nenek nasihat aku cukuplah pakai rantai dan gelang. bukan emas pun. jenis tali atau silver je. awal2 kawin pun aku masih pakai walaupun wife agak tak suka. susahlah la nak tinggalkan habit tu, dah serasi.
kerana hari dh semakin lewat dah nampak mcm nak hujan, aku beransur ke kereta. nenek masih mengekori aku, biasanya nenek ikut sampai pintu rumah je. aku cium tangan nenek dan kucup dahi dia seperti biasa dan aku tengok mata nenek berkaca. aku tau nenek menangis dan seperti nak bagitau aku sesuatu. dan aku tak faham.
2-3 hari aku balik klang, awal2 pagi adik aku call bagitau nenek aku meninggal dunia akibat sakit tua. masa tu aku dalam perjalanan ke tempat kerja di APM port klang. then, papa aku call bagitau menda yg sama dan minta aku jemput adik aku dan sepupu aku yg akan balik sekali. so, aku rushing ke sana dan ke sini menjemput adik aku dan sepupu aku. then, ada saudara terdekat yg di KL call minta tunggu balik convoi. sedihnya, masa aku sampai nenek aku dah dikebumikan. nenek meninggal awal pagi dan papa aku minta pengkebumian arwah nenek disegerakan. makcik aku kat terengganu juga tak sempat tengok wajah arwah nenek buat kali terakhir.
arwah nenek lah antara yang perkenalkan aku dengan hobi mengumpul duit syiling. nenek ada banyak koleksi duit syiling pelbagai negara. mana nenek dapatpun aku tak pasti. arwah nenek pernah cakap, kalau dia takde, koleksi tu dia bagi aku. namun, dah ada orang sebat dulu. biarkanlah, bukan rezeki aku dan koleksi aku lagi banyak.
nasihat nenek supaya aku tak pakai rantai dan gelang aku tunaikan. walaupun sesekali gatal pakai gelang buat hilang gian. pada aku aku selesa pakai menda2 alah tu. may be aku selesa kot. masa gi thailand beberapa tahun lepas, aku ada jugak beli 2-3 gelang thailand yg cantik2 utk diri aku, tapi kejab je ilang. koleksi aku yg lain2 hilang termasuk rantai batu air yg aku beli masa gi sabah, gelang tiger eye. aku yakin bini aku hilangkan ni sebab dia tak suka aku pakai. bila aku tanya dia kat simpan. puas aku cari tak jumpa sampai sekarang. simpan kat tong sampah kot! apa2 pun biarlah, masa muda tu dah berakhir. Sekarang aku adalah ketua keluarga, suami dan ayah kepada dua orang anak yang comel.
Gambar Hiasan : Aku dan keluarga masa bercuti di Cameron Highland pada Februari 2008
8 comments:
dunia kebojanan ???? huhu
wahhh...best la cte ni...satu perubahan yg besar tu...alhmdllh sbb berubah akhirnya...drpd xbrubah or semakin truk...lg parah hehe....semoga bahagia ke akhir hayat hinggalah ke syurga (^_^)
p/s : lame xsmpat nk update blog...tggu entri aksi2 ganas d uum nti ya hehe
p/p/s : selamat hari raya aidilfitri
e-leeyana,
aksi2 ganas d uum? x sabar ni.
bohjan? err...err..
hepi anniversary..moga dipanjangkan jodoh dan ditambahkan zurian lagi n lagi n lagi...amin.
sedih lak aku baca n3 nih.
cendawanintim,
sedih? aku dah tahap basah baju kerana berjuraian air mata ni.
terima kasih. suruh aku tambah, ko bila lagi???
Sangat comellah anak kamu & isteri kamu.
Itu kat Sg Palas Plantation kan? Tempat yang amat cantik. Sejuk.
shafarina,
terima kasih dtg jengok kami. selamat berkenalan.
yup, kt ldg boh sg palas. best giler tp jalan2 kat situ menakutkan.
Happy Belated Anniversary to u Izman & wife. Aku ketinggalan ker... hang yg tak buat spsel N3 nih?
Neway... `penghijrahan' yg baik adalah satu Rahmat buat yr Family. Alhamdulliah..
nur a.k.a admansyah,
terima kasih. saje malas buat entry tu, wife aku bukan suka menda2 mcm tu aku tulis. aku kena hormati cara dia.
Post a Comment