Gambar Hiasan : Kawasan Hutan Lipur LentangBeruntungkah batu
Kerana tenggelam di air
Sedangkan memang fitrahnya
Beratkan tenggelam
Begitulah nasib batu
Hanya gah seketika
Dan akan terus sepi
Dilitupi tenangnya air
Jadi wahai manusia
Jadilah seperti air
meskipun tenang
mampu mengatasi kekerasan batu
kalaupun menjadi seperti batu
biarlah batu yang timbul
kekerasan untuk kesejahteraan
disanjung selalu
Nukilan :
Izman bin Pauzi
15/12/97
10.45pm
6 comments:
pesal member aku siap berpuitis ari nih??
hati sedang berbunga kah??!!
sukanya sajak ni....sgt bermakna...rasa hilang sedikit bebanan...terima kasih
cendawanintim,
he.3x. berkat ramadhan, hati sentiasa tenang. itu puisi lama2 da..
e-leeyana,
terima kasih sudi bertandang. dtglah selalu.
ex-uum gak ye...wahhh best ni jmpe geng hehe
sy da tag blog encik...akan selalu dikunjungi
salam ramadhan
e-leeyana,
he.3x. uum mmg bestlah!
dah link kamu jugak.
Post a Comment