Tuesday, September 2, 2008

Mula Berpuasa Dalam Bekerja, Dan Diaudit TS16949

Hari ni (02/09/2008) adalah hari pertama puasa di tempat kerja. pagi2 dah terjengul kat pejabat sebab tiada aktiviti bawa anak ke gerai nasi lemak dan pekena roti capai. cuma luqman nak pusing2, bawa je la..

alhamdulillah nampaknya setakat ni Allah masih permudahkan urusan puasa dan tarawih. hari pertama puasa, wife aku buat semua juadah berbuka sendiri. beli bahan2 je. aku hari pertama biasanya tak byk songeh, makan kurma dan agar2 je. dapat pulak sirap campur biji selasih. Alhamdulillah! lagipun kat kawasan aku gerai jualan belum bukak.

Bertarawih, alhamdulillah ramai sekali datang. biasanya awal2 ramadhan mcm tu la. cuba tengok tengah dan akhir ramadhan.... 2-3 baris je la. tu pun baris orang2 tua je. semua sibuk dengan hal2 dunia termasuk buat kuih, shopping raya dan sebagainya. kelompok ni biasanya melibatkan aku jugak. nampak sangat hidayah Allah kurang pada hamba yang kurang soleh.

cuma yg aku tak gemar masa bertarawih ialah kes2 kecurian selipar/kasut, bunyi bising budak2 dan bapak budak bersembang dan ketawa, dan bunyi2 telefon bimbit. malam pertama tarawih tempat aku, dikhabarkan ada 3 kes kecurian selipar/kasut. Masyaallah, masa buat ibadah pun sempat mencuri jugak ke. lahabau betul. pada aku pakai selipar buruk yg biasa2 dh cukup. nanti kang tak kusyuk pulak asyik ingat selipar kat luar. bukan tak hormat rumah Allah dengan berselipar buruk, tapi ia lebih baik dari langsung tak konsentret pd Allah masa ibadat.

Kutu2 lahabau ni pun kekadang bukan takat ambik selipar baru, selipar buruk pun diorang kebas. apa punya pemikiran akupun tak tau. aku emosional jugak sebab aku penah kena, selipar jepun harga tak sampai rm5 hengget sepasang yg dah burukpun diorang sapu masa gi solat jumaat tahun lepas. kesannya, aku jalan kaki ayam atas panas tar dan batu kerikir dlm 50 meter nak gi kereta. dari segi moral, pada aku mmg diorang lahabau. tapi pikir balik mungkin itu ujian Allah dan mungkin juga balasan Allah atas dosa2 aku yg lepas. Nauzubillah hi min zalik.

Berbalik pada puasa masa kerja. hari ni sampai hari jumaat ni, syarikat aku keje ni kena audit ts16949. final audit. turn aku hari jumaat. harap2 usaha kami berbulan2 berbaloi. lagipon ini adalah bulan terakhir MR dan AMR kami kerja. kalau fail, mampos la sape nak buat mende2 alah tu. nak buat yg HR je rasa nak pitam, nak buat untuk department lain? ..... tak kuasa aku. biarpun ada arahan, memang aku tak buat punya.

ok, kepada kawan2 yang beragama Islam, "SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. MOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KITA DAN DIGANDAKAN PAHALA KITA".

4 comments:

cendawanintim said...

Selamat berpuasa tuk ko sefamili dari kami sefamili...

baper banyak famili daaaaaa...!

muadzlife said...

selamat berposer...

izman said...

cendawanintim,
terima kasih.

nak banyak famili, ko tambah la satu lagi....

izman said...

muadzlife,
selamat berpuasa utk ko juga.