Bulan2 puasa gini teringat kembali saat2 dizaman sekolah dulu terutama masa duduk asrama. aku start duduk hostel masa form 4 kat sek. menengah padang saujana (SMPS), Jerantut. mula2 duduk hostel, bosan gile; makan beratur, makanan x sedap, tv cuma boleh tengok hari sabtu dan ahad je, study kena paksa, lewat kena rotan, disiplin ketat. argh! bosan betul.
paling membosankan bila masa bulan puasa, juadah kat dewan makan pun biasa2 je. kalau adapun kurma gred f yang sama ada terlalu keras atau terlalu lembik. tak lalu aku nak makan. nak special kena tunggu hari sabtu atau apabila ada pelawat join berbuka puasa bersama penghuni hostel. bersahur, lagi la tak best. asyik2 ikan jaket, kembung goreng, kangkung.... bosannya.
alhamdulillah masa tu aku dah ada makwe yang tinggal area hostel, so hampir tiap2 petang dia akan datang bawa juadah berbuka. so, dapatlah makan murtabak, roti baghdad, kuih2 dan sebagainya. lagi special kalau juadah tu dia buat sendiri atau mak dia buat, dia akan bawa lebih untuk aku and the gang seperti mahadir, suhaimi, mat bomba, badang, noranor, dan lain2. dah dapat makanan tu, saje je bawak kat dewan makan untuk tayang kat budak2 lain, biar diorang jaki (jelous) kat aku. muah..3x.
kekadang tu, ada abang arqam (masa tu belum diharamkan lagi) datang dengan motor ke asrama jual roti baghdad dan kad raya. kalau rajin dan ada duit, boleh la beli ngan brader ni. kalau hari sabtu, dapat la keluar ke bandar jerantut untuk sedikit sopping juadah. gi ramai2 dan orang beli juadah yg berlainan. masa makan nanti bolehlah makan pelbagai juadah.
yang tak best kalau pakcik aku datang jemput untuk berbuka kat rumah dia di sekolah menengah tengku ampuan hajjah ampuan afzan (TAHAP) yang tak jauh dari hostel. sebab pakcik aku ni ustaz dan ketua panatia bahasa arab kat sekolah TAHAP yang terbaik di jerantut dan berkawan dengan warden hostel aku yg juga ustaz, senang2 je aku kena ikut dia. asyik kena nasihat je, mana tahan telinga aku.
yang lagi tak best masa kat hostel ialah lepas berbuka terus kena gi solat maghrib, kemudian solat isyak dan diikuti dengan solat terawih dan solat witir. panjang tu... terawih buat 20 rakaat dan witir 3 rakaat. masa tu budak2, perangan pemalas nak mampos. masa solat terawih, ramai yg nak duduk saf belakang sebab boleh mengelat sembahyang. tiada siapa yang nampak sebab ustaz2 dan warden2 termasuk ketua2 biro kena solat saf depan2 (Allah nampak ye). yang tak best ialah aku salah seorang ketua biro, dan semestinya saf depan. waa..... penatnya.
Gambar : Ketua-ketua biro Asrama Putera SMPS bersama pengetua dan warden. Aku kelima dari kiri (berdiri)
nak dijadikan drama, pernah masa solat terawih ada member yg terlebih kyusuk sampai terjatuh menimpa kawan2 lain yg sedang solat; kes tertidur masa solat la ni. ustaz jabuk (jambang) biasanya suka baca surah panjang2 sampai ada saf yang tertidur dan jatuh kena pada kawan2. haru betul. lepas tu kena rotan la....
sekurang-kurangnya sekali dalam bulan puasa mesti ada solat sujud sejadah dan solat sunat lainnya pada sebelah pagi. awal2 pagi lebih kurang jam 4 pagi dah kena bangun solat ni. mak datuk punya la lama. bayangkan lepas bangun diwajibkan mandi dulu dan solat. kena pulak kipas angin dalam surau yang sejuk. pergh... menggigil dan mata jadi kuyu. aku sendiri beberapa kali tidur dalam jaga sementara solat habis. lagi haru apabila ada member2 yang masa sujud sejadah terus tak bangun2. kes tertidur la ni. lawak betullah.
Namun, sekarang terasa menyesal betul asyik main2 masa sekolah dan asrama dulu. walaupun banyak ilmu dipelajari (termasuk ilmu baik dan ilmu tak baik), rugi rasanya solat2 sunat tu tak diamalkan lagi sekarang termasuk solat tasbih dan solat sujud sejadah. nak buat sendiri sekarang, memang aku tak reti.
6 comments:
maksu belajar mcm2 pasal solat sunat dan keIslaman dan kehidupan dari asrama... dan rugi kalau tak diteruskan
mak su,
betul. byk kita belajar. cuma nak buat ke tak je.
hehehehehe ...
time awek dtg hantar juadah yg bess eh bro
;)
lily.lulu,
he..3x. malu pulak rasanya. sekarang sama2 dah kawin. bila jumpa masing2 cover macho.
rindu nk baca blog kamu.
hahahaha...siap blh tdo masa sujud...hahahalawak lah
marinahunny,
biasalah zaman budak2 doq asrama.
ko x penah duduk hostel ke?
Post a Comment