Hari ni keluarga aku akan terima 2 tetamu berbuka puasa di rumah. satu sepupuku, faizal yang bekerja di Putrajaya. dan seorang lagi ialah adik iparku, zailen atau biasa kami panggi Elen yang tinggal di Shah Alam.
Faizal sepupuku memang dah inform nak datang rumah dari petang semalam. tambahan dia cuti hari ni. manakala adik iparku elen cuma diberitahu melalui isteriku jam 1130 pagi tadi. tiada apa2 masalah bagi keluarga kami untuk menerima tetamu, tambahan pula mereka adalah darah daging keluarga kami. dipersilakan... kami bersyukur ada saudara mara dan ahli keluarga yang datang bertandang.
mula2 ingat nak bawa mereka makan di restoran bagan seafood yang terkenal di port klang seperti tahun lepas. namun, dah isteriku lebih suka berbuka dirumah beramai2 dengan bersila dilantai. lebih nampak ikatan kekeluargaan. untuk menu berbuka, aku serahkan pada kebijaksanaan isteriku. cuma, bila sepupuku sampai, ingat nak bawa mereka semua ke bazar ramadan yang berhampiran. rasanya nak ke bazar ramadhan di taman sri andalas, klang. memang meriah disitu. mungkin dapat aku cari kuih lompat tikam, dan onde2 kegemaranku. kalau dapat di cari roti jala berkuah durian, dan murtabak daging alangkah sedapnya. cuma kalau makan murtabak, aku akan makan kulitnya sahaja. aku elergik makan segala mak datuk punya bawang. tak kiralah bawang putih, bawang merah, bawang kuning, bawang hijau atau bawang besar. hanya aku sorang je dalam keluarga ada masalah ngan bawang ni. ahli keluarga aku yg lain semua normal, pemakan bawang. malahan ayah aku siap boleh makan bawang putih jeruk lagi. aku bau bawang dah cukup meloyakan, dan tengok orang makan bawang jeruk dengan baunya yg semerbak boleh buat aku muntah hijau disitu jugak.
pernah jugak dulu aku bertanya pada papa aku adakah aku anak angkat kerana aku je species berlainan dari adik beradik aku. namun jawapannya tidak. namun dari segi kemesraan dan layanan keluarga kepada aku, biarpun aku anak ketiga, adalah sangat memuaskan. aku biasanya dapat yang lebih. kasih sayang yg lebih, dan kalau dirotanpun selalu dapat lebih. kalau adik2 aku kena rotan sekali, aku mau kena 3 kali. begitulah bestnya.
apa2pun tengoklah apa yg sedap mata memandang masa kat bazar ramadhan nanti. isteri dah bagitau siap2 jgn beli melampau banyak takut membazir, itulah buat aku sayang kat wife aku. selalu tegur aku agar tak boros. selalu berleter sayang kalau aku lewat solat. walaupun aku tak suka dengar, tapi terpaksa dengar jugak. sebab sayang dan sebab kewajipan. itu perjanjian aku dan isteri didepan Allah masa diijabkabulkan dulu; berjanji susah senang bersama, tegur menegur ke jalan Allah.
4 comments:
looor...ko makan kulit mertabak je....hish..hish...gitu lak...isi dia yang bestnya..ada daging ada ayam...best...
lorrrrrrrr..pesal aku tertinggal banyak n3 nih???aisehhhh...sambil tepuk2 dahi nih!
pesal ko alergic ngan bawang erk..musykil aku??
puterisatu,
mmg ada keinginan nk makan isi murtabak, tapi ada bawang. sedihnya......
cendawanintim,
tu la ko, hubby dah balik lupa nak ziarah aku.. aku x kisah.
bawang? tah la, kenapa bawang tu x bg aku mkn dia. keturunan bawang putih,merah dan bwg besar kot?
Post a Comment