Wednesday, September 24, 2008

Beli Barangan Cosway

Alhamdulillah kerja2 payroll utama aku dah siap, dah hantar bank dah. tunggu masuk gaji jer. semalam (23/9/08), masa gi onto surat gaji kat maybank, pegawai tu check salary tak de problem sebab duit syarikat dah ada. Harap2 tak de masalah. mau gaji tak masuk pd masa ditetapkan mau mengamuk semua pekerja kat aku. so far, alhamdulillah.

sekarang boleh tumpu sikit pada payroll syarikat gabungan pulak. sikit je, pejam mata boleh buat (eksennye!). semalam final discussion dengan GM pasal sedikit berita baik untuk pekerja sempena hari raya (diulangi...pekerja. management staff mcm aku mmg tak merasa la). rasanya tak de masalah kot. cuma wait and see.

balik kerja semalam, wife ajak gi beli barang2 cosway. tak de yg istimewapun, tiap2 bulan beli. beli sebab keperluan dan sebab nak dapatkan bonus. kang tak maintain, sia2 je tak dapat bonus. lagipun aku kena renew keahlian bulan ni. macam biasa menda yg aku beli termasuklah vitamin anak, spirulina, air jus buah2an untuk raya ni (termasuk rumah papa aku). tak lupa kek lapis perisa original. biasnya kat rumah aku ni selalu ada untuk tetamu dan tuan rumah. kalau bukan bulan puasa, wife aku akan potong kecil2 dan aku bawa gi opis. sedaaap! untuk raya, selected tetamu je dihidangkan, mahal tu. siapa pernah raya mesti tau kesedapannya.

untuk perjalanan balik kg, aku beli auto max. mula2 tak berani jugak, tapi ramai kawan2 pakai, aku pakai la sejak februari lepas. nampak mcm jimat. untuk kali ni aku beli 12 botol sebab ada promosi. bukan utk aku semua, kawan2 order. dapatlah duit tol balik kampung. servis kereta pulak may be hari jumaat ni. jumaat aku dah start cuti panjang. cuti tahunan aku banyak lagi. tengah pikir nak servis kat kia ke kat workshop kamal motor yang famous tu.

ni produk yg baik untuk sape2 yg ada masalah perut. jeli gamat. 2-3 thn lepas aku pernah dimasukkan ke wad kerana ulcer perut. dah beberapa kali sakit, aku kena admitted kat subang jaya medical centre (sjmc) dan lepas x-ray, ultra sound tak berjaya kesan sakit, mereka masukkan kamera kecik tu dalam perut aku. walaupun cuma 12 saat, ngilu dan sakit dia memang Allah saje yg tahu. ada ulcer dlm perut aku. antara sebab musabab dia kemungkinannya ialah faktor pemakanan, tidur tidak ikut kitaran masa yg tetap, dan stress. doktor cadang operate kalau ubat tidak berjaya. keluar wad aku buang semua ubat dan makan jeli gamat atas cadangan seorang kawan. alhamdulillah, selepas check sekali lagi, ia sembuh. korangpun tau kan, gamat memang bagus. aku pernah cuba gamat dr. hassan (healin), cuma aku tak mampu... mahal. gamat cosway ni diiktiraf asli oleh dr. ridzuan iaitu salah seorang pakar kajian gamat.

anak2 paling suka dapat vitamin, tablet susu kambing, dan semestinya coklat. manakala wife aku makan beberapa jenis vitamin dan jamu martina. jamu ni keluaran indonesia, tapi kalau di pasaran malaysia sebenarnya salah satu cawangan syarikat bos aku punya hak pengedar tunggal. jenama2 sari ayu dan martha tilaar adalah keluaran martina berto. syarikat bos aku ialan martina berto (m) sdn bhd. mcm aku dapatlah staff price tapi bukan semua barang la. biasanya banyak jugak diskaun hebat untuk staff dari syarikat2 Kumpulan TKH seperti greatpac (produk plastik jenama "JASA"), kosmetik sari ayu, penjagaan rambut jenama "ARIMINO", dan pakaian dalam jenama "XIXILI".


izzi note : gambar2 adalah ehsan www.cosway.com.my

6 comments:

Mak Su said...

nak try gakslah penjimat minyak tu, ada masuk iklan radio pagi tadi

izman said...

mak su,
cubalah. kalau jimat, teruskan. saya share info je utk kawan2. byk lagi brand lain kat luar, pilihlah yg mana berkenan.

cendawanintim said...

weiiiiiii, gamat tuh ok ker??

aku rasa perut aku prob cam ko gak ar..tapi dah pi doc. dia cakap angin jer!

izman said...

cendawanintim,
aku pengguna setia gamat jeli tu. mmg ok. tak hanyir. aku rekomen. org gastrik dan lepas bersalin plg sesuai.

Nur a.k.a admansyah said...

Aku rase hang nie spesis shopping sakan gak nooo? tgk tur sekali borong.. kaya Cosway! kui..kui..

Jgn maree Izman.. kat N3 terbaru gue adh mintak ampun & maap awaiX2 sbb aku tak rajin post cam korang! K=Hang blk kg maner? drive carrefully noo...

Kad raye aku tu... kalu hang rase cun boleh tempek kat blog tapi takmo pun takpe. Aku nak anto kat hang tapi takde alamat! ambik je-lah yea sblm makcik ni merapu lbhX2 ni!

izman said...

nuk a.k.a admansyah,
aku shoping berhemat. beli ikut list je, kecuali permintaan anak2.

cosway tu aku beli sakan sebab aku guna duit bonus cosway.

aku balik jerantut, pahang.

selamat hari raya untuk ko & family.