Thursday, February 14, 2013

Mencuba Terapi Ion Elektrik

sebenarnya aku nk cerita pasal makan jugak, tapi sebab aku dalam mode diet, aku selang selikan dengan cerita2 yg lain juga.

kali ni aku nak cerita pasal Terapi Ion Elektrik yang sedang hangat dipromosikan di seantero malaya. ye lah... gi mana2 tempat, ade je kedai promosi terapi ion ni.

sebenarnya sebelum aku cuba terapi ni, dah banyak juga aku dengar dan aku google tentangnya. ada pendapat kata ada kesan... mmmm.... rawatan alternatif kata orang. ada jugak golong perubatan dan terpelajar kata ianya penipuan terbesar abad ini, sama kepenipuannya dengan mesin gelombang elektrik, detox kaki, rawatan fir (far infra red), dan seangkatan tentera dengannya. heh... aku aku melalut ni.

since aku bukan orang medic, dan akupun takat sekolah atap je, aku nekad mencubanya. lagipun kedai terapi ni betul2 depan kedai wife aku di pandamaran.

masa aku pergi ni, kebetulan aku sorang je ada. sebelum aku masuk dah berpuluh group yg masuk. ini melalui pengamatan aku sendiri. ye lah, depan kedai wife aku la katakan. harga rawatan cuma Rm10 untuk 30 minit.

sebelum rawatan, aku disuruh tanggalkan jam dan segala alatan besi. erkkk... cermin mata aku plastik kot, sebab tu dia tak suruh tanggal. diletakkan satu besen air, diletakkan 2 sudu garam dan diletakkan alatan terapi ion tu yg disambung dengan letrik. serius gak aku, kang mati kena karan aku. dah la air tu pengalir elektrik yg baik. ginilah rupanya kaki aku semasa rawatan. ni dlm 5 minit kot.


cam biasa, perawat tu yg juga pemilik kedai ubat membuat analisa awal, dan memancing2 sakit2 yg aku ada. dan kemudian merekomen ubat2an yg ada dikedainya.

oh... lupa bgtau, antara khasiat terapi ion elektrikni spt dinyatakan perawat/pemilik kedai ialah:-

  1. hilangkan jerawat & halus kulit
  2. baiki fungsi hati, buah pinggang & jantung
  3. lancar perjalanan darah
  4. buang lemak & berat badan
  5. kurang sakit dendi, otot & migrain
  6. pulihkan gout, diabetis dan kurangkan paras kolestrol
  7. tingkat daya ingatan, tenaga & semangat
  8. atasi masalah sukar tidur
  9. hilangkan bau kaki, bau badan dan gatal2
  10. kurangkan perut kembung, gastrik, strok dan perut buncit
  11. atasi masalah bergantung pada ubat
pantang larang semasa terapi pulak:
  1. wanita hamil
  2. pesakit HIV
  3. budak bawah 16 tahun
  4. pesakit ada besi/bateri di jantung
  5. semasa rawatan dilarang pakai brg kemas, jam tangan besi, handphone dan eksosori logam lain.

selepas rawatan terapi ion selama 30 minit, inilah hasilnya. err.. yek! 

dalam youtube dan internet, dinyatakan bahawa dia adalah hasil elektrostatik atau pengoksidaan besi, dicampur dengan tindakan arus 9 volt ketas besi dan garam. kalau ikut youtube dan bukti video tersebut, mmg kalau tak letak kakipun warna2 kesan kotoran sebegini akan keluar jugak. mmm... aku suka ambil pendekatan hanya Allah yang tau. kalau ada kesan.... baguslah. kalau langsung tak berkesan..... its Ok. hanya RM10, apa nak gaduh2 satu malaya.

ini adalah punca2 penyakit kesan daripada perubahan air rendaman kaki tadi :-
  1. kuning kehitaman = toksin dari buah pinggang
  2. kuning kemerahan = toksin dari sakit gout
  3. kuning berminyak = toksin kolestrol
  4. coklat kelabu = toksin dari hati/hempedu
  5. hijau tua = toksin dari pundi hempedu
  6. buih putih berlendir = toksin dari kelenjar limpa
  7. buih gelembung = toksin dari gastrik
  8. putih keju = toksin dari ostoprosis tulang
  9. tompok hitam = toksin dari paru2
  10. tompok merah = toksin dari atau dari gumpalan darah beku
hampir semua kedai menggunakan modus operandi yg sama iaitu RM10 utk terapi 30 minit. dan kalau buat rawatan 5 kali, akan dapat percuma rawatan sekali.

apa...... nak tau betul ke kesan perubahan air tu menjawab sakit apa aku ada?
MMMM....... gastrik dan angin tu memang ada. tu kalau ada pekerja salah rasa nak tarbiah je. tapi dengan isteri dan anak2 aku berhemah dan bertanggungjawab. sapa tak sayang keluarga oi....

kesimpulannya: cubalah sendiri kalau nak tau. pada aku getaran elektrik halus pada badan tu aku suka. seronok je tidur malam tu. 

3 comments:

HAZIQ NAZIR B.MOHD SIRAT said...

mengarut semua bende ni...cube g youtube...tekan penipuan terapi ion kaki..nnti de org yg pecahkan rahsia sipenipu2 ni..

izman said...

haziq nazir :
trima kasih atas komen. mcm aku beritahu di awal cerita tersebut, mmg aku tau psl penipuan yg ko sebutkan itu. tapi aku saje2 cuba.

its just rm10 dan x menjadi kudis utk mencuba. may be ko byk kena tipu dan menjadi terlalu rigid.

thanks anyway for drop by n comment.

Tanakwagu said...

Ni kajian klinikal berkaitan rawatan tu bro. Kalau rajin, bacalah..

Clinical Study
Objective Assessment of an Ionic Footbath (IonCleanse): Testing Its Ability to Remove Potentially Toxic Elements from the Body.
http://www.hindawi.com/journals/jeph/2012/258968/